Anda di sini

Andres Inesta juara pertandingan kostum tradisional Tadika Kami

Advertisement
 Kenny (kanan) bersama guru merakamkan kenangan bersama Andres Inesta (dua kanan) yang muncul johan pertandingan kostum tradisional Tadika Kami, semalam.
TAHNIAH: Kenny (kanan) bersama guru merakamkan kenangan bersama Andres Inesta (dua kanan) yang muncul johan pertandingan kostum tradisional Tadika Kami, semalam.

BINTULU: Andres Inesta Sabang yang memperagakan kostum tradisional Iban muncul johan Pertandingan Kostum Tradisional Kanak-Kanak Tadika Kami di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Kidurong di sini, semalam.

Naib johan disandang oleh Fedora Easter, manakala tempat ketiga dan keempat pula masing-masing diraih oleh Sherilyn Baun dan Fellydhia Myra.

Seramai 34 kanak-kanak dan ahli keluarga mereka mengambil bahagian dalam pertandingan itu sempena dengan perayaan Gawai Dayak dan Hari Raya Aidifitri.

Pengetua Tadika Kami Kenny Kong berkata, objektif aktiviti itu adalah untuk menggalakkan interaksi dalam kalangan kanak-kanak dan ibu bapa tanpa gangguan daripada penggunaan telefon pintar dan sebagainya.

Kataya, ia juga untuk memupuk ahli keluarga lebih banyak berinteraksi dan berkomunikasi secara lisan dengan anak-anak mereka.

“Kita dapat melihat walaupun di meja makan atau di rumah, setiap ahli keluarga hanya akan melihat atau sibuk dengan telefon pintar masing-masing,” ujarnya.

Beliau berkata, ia satu budaya yang tidak sihat dan ia mesti diubah, justeru aktiviti yang dianjur pihaknya akan menggalakkan anak-anak memakai pakaian tradisional dan pada masa yang sama, mendedahkan mereka dengan budaya dan sejarah pakaian mereka.

“Kita mempunyai banyak kaum di Sarawak dan hari ini (semalam) kita dapat melihat dan mempelajari beberapa kostum dan budaya tradisional,” katanya.

Selain itu, Kenny berkata aktiviti itu juga adalah sempena sambutan ulang tahun kanak-kanak yang lahir dari Januari hingga Jun.

Advertisement