Anda di sini

Sesi perkongsian program RTO Naim di Bintulu hari ini

Advertisement
 The Peak, Bintulu Jenis B.
MODEN: The Peak, Bintulu Jenis B.
 The Peak, Bintulu jenis D.
MENARIK: The Peak, Bintulu jenis D.

KUCHING: Orang ramai yang berhasrat membeli hartanah pada masa hadapan boleh mempertimbangkan pembelian hartanah menerusi program sewa untuk dipunyai (RTO) Naim Group of Companies (Naim) yang direka khas untuk golongan yang ingin memiliki hartanah mampu milik.

Sehubungan itu, Naim akan menganjurkan sesi perkongsian program RTO pada hari ini, 15 Jun bermula jam 10 pagi di Kondominium ‘The Peak’ di kawasan Bintulu Paragon, Bintulu.

Selain maklumat mengenai program RTO yang fleksibel, pelanggan boleh membuat pemeriksaan pinjaman secara dalam talian secara percuma, ceramah kewangan oleh Maybank dan banyak lagi.

Pengurus Besar Kanan Jualan dan Pemasaran Naim Alice Ting berkata, program itu membantu golongan yang tidak dapat membeli hartanah hari ini sebagai ‘rizab’ dan membayarnya kemudian.

Adalah menjadi kebimbangan bahawa generasi muda hari ini tidak mampu untuk membeli hartanah, katanya.

“Program RTO ini membolehkan para pembeli hartanah menyewa hartanah impian mereka untuk tempoh masa yang ditetapkan dan seterusnya memiliki rumah kediaman tersebut,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan hartanah Naim Bintulu, sesi perkongsian RTO dan pakej pemilikan harta tanah Gawai-Raya Splash, sila hubungi 086-343881/010-9870999 (Kelly Yong), 084-212881 atau 010-2282738 (Alex ).

Selain itu, orang ramai juga boleh melayari laman web Naim di www.naim.com.my dan www.naimproperties.com.my atau lawatiwww.facebook.com/Naimproperties,  atau terus datang ke Galeri Jualan Naim dan Naim Bintulu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang pada Isnin hingga Sabtu, dan jam 10 pagi 5 petang pada Ahad dan cuti umum.

Advertisement