Anda di sini

Pemilihan Jumaidah ke ekspedisi Antartika dapat perhatian Phoong

Advertisement
PHOONG menyerahkan bendera Sabah kepada Jumaidah semasa kunjungan hormat.
PHOONG menyerahkan bendera Sabah kepada Jumaidah semasa kunjungan hormat.

KOTA KINABALU: Kejayaan Siti Jumaidah Haji Bensali, 34, terpilih sebagai peserta Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika (AWETA) mendapat perhatian Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Phoong Jin Zhe.

Wanita lasak dari kampung Sikuati Kudat itu telah mengharungi pebagai peringkat ujiian mental dan fizikal sejak tahun 2017 sebelum terpilih bersama dua peserta lain dari kalangan 1,000 orang peserta yang mencuba nasib.

"Kegigihan Siti Jumaidah membuktikan bahawa  usaha tanpa putus asa mampu mengatasi segala halangan sekaligus membuahkan hasil yang diimpikan.

"Saya amat berbangga dengan pencapaian beliau ini dan berharap agar lebih ramai anak-anak muda belia Sabah menampilkan diri di persada dunia sekaligus bersama mengangkat martabat negeri Sabah yang kita cintai.

"Bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anak jati Sabah ini," kata Phoong dalam kenyataan medianya, hari ini.

Siti Jumaidah telah melakukan kunjung hormat kepada Phoong di pejabat kementerian di Wisma Muis dekat sini pada Khamis.

Kumpulan AWETA akan bertolak ke Antartika pada penghujung November untuk mengharungi ekspedisi yang menuntut mereka merentasi 220km sambil menarik beban 110kg dalam suasana dan cuaca yang mencabar.

"Saya berharap Siti dan pasukannya dapat merempuh segala kesukaran dan membawa pulang Kapsul Masa yang ditanam pada tahun 2004 dengan jayanya.

"Saya menegaskan bahawa Kementerian saya mengambil berat terhadap  belia yang berbakat dan cemerlang. Kerajaan Sabah akan terus bersama dengan belia, memberi sokongan dari segi kewangan mahupun moral untuk membantu merealisasikan impian mereka," kata Phoong.
 

  • oleh
  • Advertisement