Anda di sini

Mesir beraksi cemerlang tanpa Mohd Salah

Advertisement
 Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Mesir dan Tanzania di Borg El Arab di Mesir. — Gambar Reuters
BERTEMBUNG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Mesir dan Tanzania di Borg El Arab di Mesir. — Gambar Reuters

JOHANNESBURG: Pasukan negara tuan rumah Piala Negara-Negara Afrika, Mesir, merehatkan bintang Mohamed Salah ketika mereka menewaskan Tanzania 1-0 kelmarin dalam perlawanan pemanas badan pertama daripada dua perlawanan sebelum kejohanan tersebut bermula pada 21 Jun.

Dengan penjaring Liverpool yang prolifik itu memanaskan bangku pemain simpanan di Iskandariah, ia memerlukan pemain pertahanan Ahmed Elmohamady untuk memecah kebuntuan pada minit ke-65 dengan satu tandukan tiang belakang dari hantaran lintang.

Elmohamady merupakan seorang pemain veteran pasukan Firaun dan bakal berdepan dengan Salah dalam Liga Perdana Inggeris pada musim akan datang selepas kelabnya Aston Villa naik ke liga utama.

Mesir, yang memegang rekod sebagai juara Piala Negara-Negara sebanyak tujuh kali, mendominasi perlawanan tetapi kurang padu ketika menentang Tanzania, yang kembali ke Piala Negara-Negara selepas 39 tahun.

Mesir, yang menjadi pilihan untuk memenangi kejuaraan, menentang Zimbabwe dalam perlawanan pembukaan kejohanan di Kaherah selain akan berentap dengan Republik Demokratik Congo dan Uganda dalam Kumpulan A.

Mereka kembali ke kota Mediterranean, Iskandariah, esok (Ahad) untuk menentang Guinea dalam satu lagi perlawanan persahabatan sebelum kejohanan bola sepak utama benua Afrika itu yang disertai 24 buah pasukan.

Tanzania dibimbing oleh Emmanuel Amunike, yang memenangi Piala Negara-Negara pada 1994 sebagai pemain bersama Nigeria, dan akan bertemu dengan Algeria, Senegal dan Kenya dalam Kumpulan C. — AFP

Advertisement