Anda di sini

Lelaki melecur selepas telefon bimbit meletup

Advertisement
Kelihatan telefon bimbit mangsa yang dicas telah meletup.
Kelihatan telefon bimbit mangsa yang dicas telah meletup.

KUCHING: Seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat melecur di dada dan tangan selepas telefon bimbitnya meletup dalam satu insiden di Taman Desa Wira, di sini hari ini.

Menurut sumber, mangsa 20-an semasa kejadian dikatakan sedang mengecas telefon bimbit di bilik tidurnya yang kemudian tiba-tiba meletup iaitu sekitar pukul 1 petang.

Keluarga mangsa yang menyedari kejadian tersebut kemudian segera membantu mangsa dan turut menghubungi pihak hospital untuk bantuan kecemasan.

Mangsa tiba di HUS untuk rawatan lanjut.
Mangsa tiba di HUS untuk rawatan lanjut.

Mangsa kemudian dikejarkan ke HUS menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Sehingga berita ini ditulis, dilaporkan mangsa masih menerima rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan HUS.
 

  • oleh
  • Advertisement