Anda di sini

Enam pasukan ke suku akhir Liga Bola Sepak Zon Tengah

Advertisement
 Despacito FC akan bertemu ZR069 Sabtu ini dalam perlawanan Kumpulan D.
BERAZAM: Despacito FC akan bertemu ZR069 Sabtu ini dalam perlawanan Kumpulan D.

SIBU: Enam pasukan berjaya menempah tempat ke perlawanan suku akhir Liga Bola Sepak Zon Tengah Sarawak 2019 dijadualkan berlangsung 6 hingga 14 Julai ini.

Pasukan terbabit ialah Projek bagi Kumpulan A, Sessang FC dan TMP SB (Kumpulan B), Nangka United dan R13 FT (Kumpulan C) dan P206 (Kumpulan D).

Dengan enam tempat diisi menjadikan dua lagi tempat masih belum diisi masing-masing bagi Kumpulan A dan Kumpulan D.

 Bagi setiap kumpulan, pasukan menduduki dua tangga teratas liga layak melangkah ke perlawanan suku akhir.

Liga Bola Sepak Zon Tengah Sarawak 2019 dianjurkan oleh Urus Setia Sosial, Kebudayaan, Sukan dan Perpaduan Nangka, Pemuda PBB Sibu dan Pusat Khidmat Nangka bersambung semula pada 15 Jun ini selepas berehat lebih sebulan.

Pada 15 Jun ini, perlawanan antara Despacito FC menentang ZR069 dalam Kumpulan D menjadi penentu pasukan mana melangkah ke suku akhir.

Despacito FC menduduki tangga kedua liga dalam Kumpulan D pasti menerima tentangan sengit ZR069 yang turut mengintai slot suku akhir.

Sementara bagi perlawanan Kumpulan A pada 16 Jun, pasukan V8 bertemu Panas FC.

Namun, V8 mempunyai lebih peluang melangkah ke suku akhir memandangkan Panas FC kini menduduki tangga tercorot Kumpulan A.

Advertisement