Anda di sini

Defendan serang masjid mengaku tidak bersalah

Advertisement
 Janna Ezat, memakai kemeja-T yang memaparkan gambar anak lelakinya yang ditembak mati di masjid Al Noor pada 15 Mac lalu, menunjukkan reaksi marah di luar Mahkamah Tinggi Christchurch di New Zealand kelmarin selepas Tarrant mengaku tidak bersalah ke atas semua tuduhan berkaitan dengan serangan ganas itu. — Gambar Reuters
MARAH: Janna Ezat, memakai kemeja-T yang memaparkan gambar anak lelakinya yang ditembak mati di masjid Al Noor pada 15 Mac lalu, menunjukkan reaksi marah di luar Mahkamah Tinggi Christchurch di New Zealand kelmarin selepas Tarrant mengaku tidak bersalah ke atas semua tuduhan berkaitan dengan serangan ganas itu. — Gambar Reuters

CHRISTCHURCH: Lelaki yang dituduh menembak mati 51 penganut Islam dalam beberapa serangan di masjid Christchurch mengaku tidak bersalah ke atas beberapa pembunuhan dan tuduhan keganasan semalam dan komited untuk dihadapkan dalam perbi-caraan pada tahun depan.

Hadir di Mahkamah Tinggi Christchurch melalui pautan audio-visual dari sebuah penjara yang dikawal dengan ketat di Auckland, Brenton Tarrant  duduk dalam keada-an senyap semasa peguamnya Shane Tait menyatakan anak guamnya mengaku “tidak bersalah ke atas semua tuduhan.”

Militan ketuanan kulit putih itu telah didakwa  dengan 51 pertuduhan bagi pembunuhan, 40 bagi cubaan membunuh dan terlibat dalam satu tindakan keganasan ketika kekejaman pada 15 Mac di bandar South Island.

Lelaki Australia berusia 28 tahun itu dikatakan melepaskan tembakan ke arah masjid Al Noor yang penuh semasa sembahyang Jumaat, kemudian pergi ke pekan lain bagi meneruskan sera-ngan di masjid subbandar Linwood, sambil striming secara langsung aksinya di media sosial.

Mahkamah mendengar bahawa penilaian bagi kesihatan mental telah mendapati Tarrant adalah sihat untuk dihadapkan dalam perbi-caraan bagi pembunuhan beramai-ramai yang terburuk dalam sejarah moden New Zealand.

“Tiada isu dibangkitkan berkaitan dengan kesihatan defendan untuk merayu, untuk mengarahkan peguam, dan dibicarakan. Satu perbi-caraan kesihatan adalah tidak diperlukan,” kata Hakim Cameron Mander dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas perbicaraan.

Kira-kira 80 mangsa terselamat dan saudara-mara kepada mangsa yang terbunuh memenuhi galeri awam di mahkamah untuk melihat Tarrant.

Memakai sepasang jersi kelabu berleher pendek, Tarrant tersenyum sinis pada masa-masa tertentu semasa perbicaraan.

Hakim Mander menetapkan tarikh perbicaraan pada 4 Mei tahun depan, dengan Tait berkata ia dijangka akan berlangsung selama sekurang-kurangnya enam minggu.

“Mahkamah bercadang untuk membawa kes jenayah serius ke perbicaraan dalam masa  setahun selepas tangkapan dibuat. Skala dan kesukaran bagi kes ini menjadikan ia semakin mencabar,” kata Mander.

Tarrant telah ditahan reman untuk hadir bagi perbicaraan penilaian kes pada 15 Ogos.

Mander melarang pihak media mengambil gambar atau video semasa kehadiran Tarrant, walaupun beliau berkata gambar daripada satu perbicaraan awal pada April boleh digunakan.

Kerajaan New Zealand memperketatkan undang-undang senjata api di negara ini selepas kemunculan serangan tersebut dan menyatakan ia akan meneliti undang-undang berkaitan dengan kenyataan berbaur kebencian.

Ia turut menyokong usaha antarabangsa bagi memasti-kan bahawa syarikat media sosial akan melakukan lebih banyak lagi dalam menangani fahaman ekstremisme dalam talian. — AFP

Advertisement