Anda di sini

AirAsia kembali dengan promosi 5 juta tempat duduk

Advertisement

SEPANG: Untuk tempoh yang terhad, jualan ‘tempat duduk percuma’ AirAsia kini ditawarkan secara besar-besaran dengan lebih 5 juta tempat duduk promosi.

Ketua Pegawai Komersial AirAsia Karen Chan berkata, ini adalah masa terbaik untuk orang ramai membuat tempahan bagi percutian seterusnya bersama AirAsia.

“Di samping 5 juta tambang promosi kami tawarkan, AirAsia juga akan mengecualikan semua yuran pemprosesan bagi tetamu yang memilih untuk membayar menggunakan BigClick, transaksi pembayaran yang lebih mudah dan cepat,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Orang ramai boleh menikmati tambang promosi termasuk semua untuk ahli AirAsia BIG bermula dari serendah RM12 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Penang dan Johor Bahru, RM89 untuk penerbangan ke Lombok dan Nha Trang, RM139 ke Shantou dan Bhubaneswar dan banyak lagi.

Terbang bersama AirAsia X dengan tambang serendah RM179 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chongqing, RM279 ke Osaka dan lain-lain. Untuk menikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Jaipur dengan tambang RM699, RM799 ke Jeju dan Taipei, RM899 ke Perth dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, tetamu boleh menikmati penerbangan percuma apabila mereka menempah pakej percutian penerbangan dan hotel di airasia.com. Tetamu yang ingin menempah hanya hotel atau aktiviti juga boleh memanfaatkan diskaun sehingga 50 peratus untuk hotel terpilih dan sehingga 30 peratus untuk pelbagai aktiviti bagi melengkapkan percutian mereka.

Tempahan boleh dibuat di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia dari 17 Jun 2019 (0001h GMT +8) sehingga 19 Jun 2019 (2400 GMT +8) bagi tempoh perjalanan antara 1 November 2019 dan 8 September 2020.

Bagi ahli AirAsia BIG, pengguna BigPay dan pemegang Kad Kredit AirAsia boleh menikmati akses keutamaan 24 jam dari 16 Jun 2019 (0001 GMT +8).

Log masuk sebagai Ahli BIG untuk menikmati akses kepada tempat duduk pada harga terendah. Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk promosi bermula dari serendah 500 Mata Ganjaran BIG di laman airasiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Tetamu yang ingin membuat pertukaran pada tempahan mereka atau membuat pesanan tambahan seperti pratempah hidangan Santan dan Pilih Tempat Duduk boleh berbuat demikian pada halaman Tempahan Saya yang serba baharu dengan hanya tiga langkah mudah iaitu Tekan, Pilih & Bayar.

Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

  • oleh
  • Advertisement