Anda di sini

United Malaysia dapat sokongan Phoong

Advertisement
JINGULAM (lima dari kiri) menyampaikan baju rasmi United Malaysia kepada Phoong. Turut bersama ialah  Faurillo (lima dari kanan) dan ahli kelab.
JINGULAM (lima dari kiri) menyampaikan baju rasmi United Malaysia kepada Phoong. Turut bersama ialah Faurillo (lima dari kanan) dan ahli kelab.

KOTA KINABALU: Menteri Belia Dan Sukan Phoong Jin Zhe antara yang dijangka akan hadir ke Majlis Makan Malam Tahunan United Malaysia kali Keempat di Grand Ballroom Dewan Hakka pada 28 Jun ini.

Phoong menyatakan keinginannya turut sama pada majlis itu semasa menerima kunjungan hormat  United Malaysia diketuai presidennya Batholomew Jingulam di pejabatnya di Wisma Muis, dua hari lalu.

Phoong yang juga peminat Manchester United bangga dengan perkembangan United Malaysia sebagai kelab rasmi penyokong Manchester United di negara ini.

Phoong berkata, beliau juga berkeinginan untuk menghadiri majlis tahunan itu sebelum ini tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana komitmen kerja.

Beliau berterima kasih kerana dijemput dan berharap keinginannya itu akan dapat direalisasikan kali ini.

Selain menyerahkan jemputan, pengerusi penganjur Fabian Faurillo juga telah memaklumkan kepada Phoong bahawa legenda Manchester United, Ronny Johnsen adalah antara yang akan turut bersama-sama pada majlis makan malam itu.

Ronny adalah antara anggota skuad Manchester United yang menjulang tiga kejuaraan pada musim 1998-1999.

Sambil itu, Jingulam memberitahu bahawa majlis makan malam kali ini dijangka dihadiri 1,200 ahli, menjadikannya acara terbesar dalam sejarah United Malaysia dan mungkin perhimpunan terbesar pertama kelab penyokong bola sepak di negara ini.

  • oleh
  • Advertisement