Anda di sini

Tambadau Sabah lebih mantap

Advertisement
PENYERANG  import baharu Tambadau, Mendes (depan) dan rakan sepasukan semasa sesi memanaskan badan sebelum latihan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, petang tadi. Gambar ihsan Media SAFA.
PENYERANG import baharu Tambadau, Mendes (depan) dan rakan sepasukan semasa sesi memanaskan badan sebelum latihan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, petang tadi. Gambar ihsan Media SAFA.

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih Jelius Ating berharap perkembangan positif Tambadau Sabah  memadai untuk menghasilkan kemenangan ke atas Negeri Sembilan pada saingan Liga Premier di Stadium Likas malam esok (sepak mula 8.15 malam).

"Rehat panjang kira-kira tiga minggu dari persaingan telah kami manfaatkan untuk memperbaiki kelemahan yang ada termasuk mempertajamkan tindakan penyudah.

JELIUS ATING
JELIUS ATING

"Pada masa yang sama, beberapa pemain yang mengalami kecederaan juga telah pulih sepenuhnya. Kecuali Sabri (Sahar) yang masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan lutut, semua pemain sudah menjalani latihan.

"Maxsius (Musa) yang diketepikan dalam beberapa perlawanan sebelum ini kerana kecederaan juga sudah kembali menyertai latihan bersama pasukan tetapi dia mungkin masih perlu waktu sebelum kembali dalam senarai utama," kata Jelius ketika dihubungi hari ini.

Jelius berkata, dua import baharu, Ahmet Atayev dan Aguinaldo Mendes juga menunjukkan peningkatan kecergasan dan diharapkan dapat memberikan sumbangan lebih besar berbanding pada dua penampilan pertama mereka sebelum ini.

"Ini adalah perkembangan positif pasukan dalam usaha kita mengekalkan prestasi seterusnya meneruskan misi naik ke Liga Super musim depan.

AHMET ATAYEV.
AHMET ATAYEV.

"Saya tidak dapat beri jaminan kepada penyokong bahawa akan ada satu anjakan atau perubahan yang pasukan kita ini sudah jauh lebih baik tetapi sebagai jurulatih, itulah yang saya usahakan.

"Paling penting, kita konsisten dengan prestasi baik kerana masih ada tujuh baki perlawanan," katanya.

Untuk perlawanan malam ini, Jelius membayangkan akan menggunakan kesebelasan biasanya.

 "Kalau ada keperluan buat perubahan barisan pemain, saya fikir ia bukan masalah kerana pemain dibangku simpanan juga sudah cukup bersedia dipikulkan tugas bila-bila masa," katanya.

Jelius membayangkan akan terus mempertaruhkan gandingan Mendes dan Rodoljub Paunovic sebagai penggempur manakala  Atayev, Mohd Azizan Nordin, Alto Linus dan Jenius Karib akan mengemudi bahagian tengah.

Benteng pertahanan dijangka dibarisi Rawilson Batuil, Park Tae Su, Evan Wensley dan Dendy Lowa sementara Rozaimie Rohim selaku penjaga gol utama.

RAWILLSON BATUIL.
RAWILLSON BATUIL.

Sebagai rekod, pertemuan antara Tambadau dan Negeri Sembilan pada pusingan pertama berkesudahan seri tanpa jaringan.

Tambadau kini di kedudukan ketiga dengan 25 mata manakala Negeri Sembilan di tangga kelima dengan 19 mata.

Dua kedudukan teratas dihuni UiTM FC dan JDT II yang masing-masing telah mengumpul 26 mata tidak termasuk keputusan perlawanan mereka semalam.

Kedudukan
P    M    S    K    J    B    MT
1. UiTM FC    14    8    2    4    27    15    26
2. JDT II    14    7    5    2    20    11    26
3. Sabah 13    7    4    2    21    12    25
4. TFC II    14    6    5    3    14    12    23
5. N Sembilan    13    5    4    4    15    15    19
6. Selangor Utd    13    5    3    5    15    16    18
7. P Pinang    14    4    4    6    16    18    16
8. PDRM    13    4    3    6    14    15    15
9. UKM FC    14    3    4    7    12    18    13
10. Sarawak    14    2    4    8    14    26    10
11. Kelantan    14    2    6    6    17    27    9

***Kelantan ditolak tiga mata atas keputusan FIFA.
***Kedudukan belum termasuk keputusan perlawanan JDT II menentang TFC II dan kelantan menentang UiTM FC semalam.

Jadual perlawanan

Sabah lwn N Sembilan
Selangor Utd lwn P Pinang
UKM FC lwn PDRM

  • oleh
  • Advertisement