Anda di sini

Super Girl terus mengungguli Liga Trio 139 & Ke Bawah Megalanes Sarawak

Advertisement
 Meriana Litu (kiri), Mohd Ismuain dan Amiezatul Asyikin dari New Bowlers mencatat mata maksimum untuk kekal selaku pendahulu liga.
MANTAP: Meriana Litu (kiri), Mohd Ismuain dan Amiezatul Asyikin dari New Bowlers mencatat mata maksimum untuk kekal selaku pendahulu liga.

KUCHING: Liga Trio 139 & Ke Bawah Megalanes Sarawak bersambung semula selepas bercuti hampir dua minggu bagi memberi laluan kepada sambutan Hari Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri.

Pendahulu liga Super Girl meneruskan dominasi dengan menundukkan Badnews 14-6.

Kemenangan itu membolehkan Super Girl kini berkelebihan 10.73 mata Peterson berbanding pasukan di kedudukan kedua, New Bowlers yang terdahulu membelasah FRDM Ladies dengan 20-0.

Keputusan terbaharu itu melihat Strike Hunter Junior jatuh ke tangga ketiga meskipun mencatat kemenangan 14-6 ke atas SS Bowlers X.

Manakala, Strike Enemy kekal di tangga keempat hasil kejayaan mengatasi Rock Bowlers 17-3.

Kedudukan UNIMAS Avant-Garde turut kekal di tangga kelima selepas membenam SS Bowlers 7, 13-7 yang turut menyaksikan SS Bowlers X dan FRDM Bowlers masing-masing kekal di tangga keenam dan ketujuh.

Dalam pada itu, Azwar Abdul Rahman dari Strike Enemy kekal mendahului kategori Individual High Game di hadapan peserta Strike Hunter Junior Tijah Mislawi dan Farid Hakim dari New Bowlers di kedudukan kedua.

Tijah bagaimanapun masih menguasai kategori Individual High Series sambil disaingi Sion Mui Hong dari New Bowlers di tangga kedua.

Kategori Team High Game dan Team High Series juga tiada perubahan dengan Strike Enemy masih mendahului sambil dicabar New Bowlers dan Super Girls.

Advertisement