Anda di sini

RM44 juta SBRPB bukti kerajaan bantu golongan pesawah padi bukit

Advertisement
HARIS
HARIS

SANDAKAN: Peruntukan sejumlah RM44 juta yang diluluskan untuk Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma (SBRPB) membuktikan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komitmen dalam membantu golongan pesawah padi bukit.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sabah, Haris Alimudin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato' Salahuddin Ayub, di atas pengumuman kelulusan Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma (SBRPB) berjumlah RM44 juta.

“Pengembalian skim ini oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperlihatkan keperihatinan kerajaan kepada pesawah padi bukit khususnya di Sabah dan Sarawak yang berjumlah lebih 56,000 orang.

“Skim ini penting bagi mempastikan jumlah pengeluaran padi per hektar dapat ditingkatkan seterusnya dapat menampung keperluan penduduk khususnya di kawasan pedalaman,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

 Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) berkata walaupun jumlah yang diumumkan berkurang berbanding tahun sebelumnya tetapi dia percaya sekiranya peruntukan ini disalurkan tanpa ketirisan akan dapat memenuhi keperluan pesawah padi huma bagi musim penanaman yang dijangka bermula pada bulan Ogos.

 “Saya berharap agar kerajaan memberikan kepercayaan kepada NAFAS untuk menjadi pembekal kepada bahan-bahan di bawah skim ini bagi mempastikan hasil keuntungan akan turut dinikmati oleh ahli Peladang secara keseluruhannya.

 Haris juga percaya Lembaga Pertubuhan Peladang akan diberikan kepercayaan sebagai agensi yang akan memantau dan mempastikan skim ini dinikmati oleh pesawah yang benar-benar memerlukan.

  • oleh
  • Advertisement