Anda di sini

PM Jepun gesa Iran memainkan ‘peranan membina’ bagi keamanan di Timur Tengah

Advertisement
 Gambar serahan laman rasmi presiden menunjukkan Rouhani berdiri di sebelah Abe semasa upacara                         mengalu-alukan lawatan rasmi perdana menteri Jepun itu di Tehran, Iran kelmarin. — Gambar Reuters
SAMBUTAN MESRA: Gambar serahan laman rasmi presiden menunjukkan Rouhani berdiri di sebelah Abe semasa upacara mengalu-alukan lawatan rasmi perdana menteri Jepun itu di Tehran, Iran kelmarin. — Gambar Reuters

TEHRAN: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe menggesa Tehran untuk memainkan “peranan membina” bagi keamanan di Timur Te-ngah kelmarin sewaktu misi diplomatik yang jarang sekali dilakukan ke republik Islam itu dengan tujuan untuk meredakan ketegangan Amerika Syarikat (AS)-Iran.

Iran menjalin hubungan yang amat tegang dengan AS sejak Presiden AS Donald Trump menarik diri pada Mei tahun lepas daripada perjanjian nuklear 2015 yang bersejarah.

Sejak itu Washington telah melaksanakan semula sekatan sehala yang melumpuhkan Iran, termasuk memaksa Tokyo untuk menghentikan pembelian minyak Iran yang dahulu banyak, dan melancarkan usaha untuk me-nguatkan angkatan tentera di rantau Teluk.

“Ia adalah amat penting untuk Iran memainkan pe-ranan membina dalam usaha membina kestabilan dan keamanan yang kukuh di Timur Tengah,” kata Abe pada sidang akhbar di Tehran bersama Presiden Iran Hassan Rouhani.

“Pada hari ini, ketegangan semakin meningkat di Timur Tengah. Beberapa pakar menyatakan bahawa konflik mungkin akan dicetuskan tanpa sengaja,” kata Abe.

Pertelingkahan bersenjata “mesti dielakkan dengan apa jua cara”, tegas perdana menteri itu.

Beliau menambah Jepun “mahu memainkan peranan sebaik mungkin dalam kapasitinya untuk meredakan ketegangan. Ini adalah satu-satunya fikiran yang telah membawa saya ke Iran”.

Bercakap pada sidang akhbar yang sama, Rouhani berkata beliau menjangkakan “perubahan yang sangat positif” di Timur Tengah dan dunia jika AS menghentikan tekanan ekonomi ke atas Iran menerusi sekatan.

“Jika ada ketegangan, puncanya disebabkan oleh perang ekonomi Amerika terhadap Iran. Apabila ia berhenti, kita akan menyaksikan peru-bahan yang sangat positif di rantau ini dan dunia,” kata Rouhani.

“Kami tidak akan memulakan konflik di rantau ini, termasuk menentang AS, tetapi jika peperangan di-mulakan terhadap kami, maka kami akan memberikan tindak balas yang menghancurkan,” tambah presiden Iran itu.

Abe memulakan lawatannya ke Iran kelmarin, yang pertama oleh seorang perdana menteri Jepun dalam tempoh 41 tahun, dengan matlamat yang dinyatakan untuk meredakan ketega-ngan antara Tehran dan Washington.

Jepun berhenti mengimport minyak mentah Iran pada Mei lepas untuk me-matuhi sekatan AS ke atas republik Islam itu.

Kuasa besar Asia berke-naan mempunyai kepen-tingan untuk menentukan Timur Tengah stabil bagi memastikan aliran hidro-karbon yang murah untuk menjana ekonomi.

Rouhani berkata beliau melihat “minat Jepun untuk terus membeli minyak dari Iran dan memperbetulkan isu kewa-ngan” sebagai “jaminan” bagi perkembangan hubungan dua hala yang berterusan.

Jurucakap kementerian luar Jepun, Takeshi Osuga, kemudian berkata, berhubung persoalan mengenai penjualan minyak Iran kepada Jepun, “kami difahamkan bahawa ini adalah keinginan pihak Iran”.

Namun beliau menambah: “Pembelian minyak (dari Iran) merupakan keputusan syarikat swasta. Saya tidak dapat meramalkan keputusan mereka.”

Presiden Iran turut menggariskan pertemuan panda-ngan dengan pelawatnya berhubung isu senjata nuklear, yang menurutnya “ditentang oleh kedua-dua kami”.

Abe pula menyuarakan “penghormatan mendalam kepada hakikat bahawa pe-mimpin tertinggi Ayatollah Khamenei mengulangi fatwa yang menyatakan “senjata nuklear dan senjata pemusnah besar-besaran lain adalah bertentangan dengan Islam”.  

Perdana menteri Jepun itu berjumpa dengan Khamenei pada pagi semalam.

Abe membincangkan “si-tuasi di Iran” dalam satu perbualan telefon dengan Trump pada Selasa lepas, kata seorang jurucakap kerajaan Jepun.

Perdana menteri Jepun mendapat restu Trump untuk menjalankan misi peng-antaraan ketika presiden AS itu melawat Tokyo pada bulan lepas.

“Kami percaya ia amat pen-ting bagi kita, pada peringkat kepimpinan, untuk melawat Iran sebagai kuasa serantau besar bagi meredakan kete-gangan, mematuhi perjanjian nuklear dan memainkan peranan membina demi ke-stabilan serantau,” kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshihide Suga.

Akhbar Iran dibahagikan menurut garisan konservatif-reformis dalam penilaian mereka mengenai lawatan Abe.

Akhbar harian reformis Sazandegi menerbitkan kartun Abe di muka depan dalam kelengkapan samurai yang lengkap, dengan segulung kertas dalam sebelah tangan dan perisai dalam sebelah lagi.

Dalam artikel yang meng-iringinya bertajuk ‘Seorang samurai di Tehran’, akhbar itu berkata semua orang se-dang menunggu untuk melihat “reaksi Tehran kepada inisiatif Jepun bagi meningkatkan lagi kedudukannya pada peringkat antarabangsa dengan menjadi perantara sebagai sekutu Washington dan rakan Iran”.

Akhbar harian ultra-konservatif Javan memberi amaran “Iran dan Jepun tolak Amerika” mungkin formula yang berjaya bagi Abe, tetapi “Jepun sebagai pengantara Amerika di Iran” boleh gagal kerana rasa tidak percaya yang mendalam terhadap AS.

Pengulas lain di Iran berkata Abe boleh menyalurkan mesej antara kedua-dua pihak.

“Lawatan Encik Abe diadakan sejurus selepas pertemuan dengan Encik Trump di Jepun, jadi pihak Amerika berminat untuk mengguna-kan saluran ini,” kata Ebra-him Rahimpour, seorang bekas timbalan menteri luar, kepada akhbar harian Shargh di Iran.

Sementara Tokyo menjalin hubungan dagangan yang lama dengan Tehran dan pakatan strategik dengan Washington, pakar berkata Abe tidak ada pengaruh de-ngan kedua-dua pihak dan pengantaraan adalah satu cabaran yang getir. — AFP

Advertisement