Anda di sini

Persefahaman komponen PH penting

Advertisement
NIZAM ketika sidang media.
NIZAM ketika sidang media.

TAWAU: Landskap politik pada masa kini cukup mencabar dan sekiranya tidak berhati-hati akan merosakkan hubungan di antara semua komponen parti dalam Pakatan Harapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas Hj Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, teknologi canggih yang ada pada hari ini merupakan cabaran politik yang mampu memporak perandakan hubungan yang ada terutamanya komponen pihak kerajaan.

"Perlu ada persefahaman dan kepercayaan di antara semua komponen parti kerajaan sekiranya mahu menangkis semua tomahan yang tidak betul di media sosial kerana ada usaha untuk melaga-lagakan di antara parti politik di dalam kerajaan," katanya semasa menerima kunjungan Parti Keadilan Cabang Tawau, di sini pada Jumaat.

Nizam yang juga Ketua Penaja Bersatu Tawau berkata, kunjungan ini amat bermakna khususnya untuk kekuatan Pakatan Harapan dan kerajaan di Parlimen Tawau.

"Kunjungan ini dapat mempereratkan lagi kerjasama yang akan memperkasakan kebersamaan sebagai pimpinan kerajaan pakatan harapan di bahagian Tawau serta dapat menjalankan aktiviti secara bersama untuk kepentingan rakyat.

"Semua komponen didalam kerajaan juga harus mendukung hasrat dan matlamat yang diamanahkan oleh kepimpinan di peringkat atas," katanya.

Nizam juga berkata, di peringkat Parlimen Tawau perlu ada satu komuniti di antara semua komponen untuk memudahkan gerak kerja sebagai pakatan harapan.

"Sekiranya ada diwujudkan satu komuniti kita semua boleh turun padang bersama dalam membantu rakyat di parlimen ini terutamanya menyelesaikan masalah yang paling perlu seperti isu kos sara hidup dan rumah-rumah daif.

"Komuniti ini juga penting dalam membawa suara Parlimen Tawau ke peringkat atasan, dengan adanya keputusan sebulat suara daripada semua komponen di peringkat Tawau akan memudahkan suara dan pendapat kita diterima," katanya lagi.

Timbalan Ketua Cabang PKR Tawau Abdul Ghani Zelika berkata, tujuan kunjungan ini untuk mengeratkan lagi hubungan pakatan harapan di peringkat Parlimen Tawau.

"Hubungan ini sangat perlu kerana membolehkan kita mengadakan program bersama pada masa akan datang dan mengembleng kekuatan Pakatan Harapan khususnya di cabang Tawau serta mencari jalan bersama dalam  penyelesaian permasalahan masyarakat di Tawau," katanya.

Ghani juga menyambut baik cadangan Nizam untuk mewujudkan satu sekretariat jawatan kuasa bagi membentuk satu kerjasama dari segi perancangan dan aktiviti.

"Pakatan Harapan ini boleh berfungsi dengan baik sekiranya ada bersepakatan dan kerjasama yang erat dari semua pihak.

Sekiranya kita bergerak sendiri berkemungkinan tidak dapat memberikan suatu kebaikan yang maksimum," katanya.

  • oleh
  • Advertisement