Anda di sini

Persatuan Persahabatan Ma Zhong kukuhkan hubungan dengan Tianjin China

Advertisement
OH (tiga kiri) bersama rombongan merakamkan gambar kenangan ketika berada di Tianjin Expo.
OH (tiga kiri) bersama rombongan merakamkan gambar kenangan ketika berada di Tianjin Expo.

KOTA KINABALU: Persatuan Persahabatan Ma Zhong dalam satu rombongan seramai tujuh orang telah menghadiri persidangan China Tianjin Overseas Chinese Entrepreneurship.

Presidennya Dr Oh Ei Sun berkata, rombongannya itu disambut oleh Setiausaha CPC Tianjin Li Hongzhong dan Mayor Tianjin Zang Guoqing.

Oh menjelaskan kepada Li dan Zhang bahawa Sabah dan Tianjin mempunyai hubungan lebih dari seabad menerusi sejarah dalam kebudayaan serta ekonomi.

Katanya, hubungan yang sedia terjalin itu harus dikembangkan lagi. Para usahawan dan pelancong Tianjin dialu-alukan datang ke Sabah untuk mencari peluang kerjasama di antara kedua-dua pihak.

Dalam persidangan itu, Oh turut dijemput menyampaikan ucapan dalam tajuk Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) dan Pertukaran Malaysia-China.

Beliau menekankan kebanyakkan negara Asia Tenggara kini melihat BRI adalah satu pendekatan yang baik dalam usaha menguatkan lagi hubungan dagang serta pelaburan.

Katanya, Malaysia dan China harus bekerjasama memperkenalkan perdagangan bebas selain memperkuatkan kerjasama maritim. 

" Ia termasuk membangunkan infrastruktur pelabuhan serta laluan perkapalan yang baharu.

Sementara itu, Oh ketika dijemput menyampaikan ucapan pada majlis  the Tianjin China People's Political Consultative Conference, beliau menjelaskan persatuannya itu akan terus mempromosi perdagangan, kebudayaan dan pendidikan di antara Sabah dan Tianjin.

  • oleh
  • Advertisement