Anda di sini

Papan tanda amaran tujuan keselamatan di jalan putus

Advertisement
KEADAAN jalan yang terputus selepas hujan lebat berterusan selama beberapa jam di sini.
KEADAAN jalan yang terputus selepas hujan lebat berterusan selama beberapa jam di sini.

PENAMPANG: Jabatan Kerja Raya (JKR) Penampang kini meletakkan papan tanda amaran di Jalan Inobong Putaton Bansadon di sini.

Jurucakap Pihak Jurutera JKR Penampang berkata, jalan terputus yang disebabkan hujan lebat berpanjangan berlaku kira-kira jam 5 petang Khamis.

“Pemerhatian awal mendapati kerosakan menjejaskan empat meter panjang dan enam meter lebar dan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

“Pihak jurutera kini masih menyiasat komponen lokasi terjejas sebelum langkah seterusnya akan dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya membuka satu Pusat Penempatan Sementara (PPS) berikutan kejadian banjir kilat di daerah ini.

Beliau bagaimanapun berkata, PPS ditutup beberapa jam kemudian berikutan tiada mangsa dipindahkan.

Katanya, pemantauan akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk bersedia dengan sebarang kecemasan berikutan keadaan cuaca kini.

  • oleh
  • Advertisement