Anda di sini

HDC perkenal Virtual Akaun pastikan pembayaran pelanggan lebih efisien

Advertisement
MOHAMAD ASMAN
MOHAMAD ASMAN

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) memperkenalkan Virtual Akaun bagi memastikan pembayaran pelanggan yang lebih efisien.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Mohamad Asman Ahmad berkata, pembayaran melibatkan bil sewaan, bil pinjaman perumahan dan bil penyelenggaraan (MC).

Pembayaran mesti dibuat menggunakan nombor akaun 14 digit yang diberikan oleh HDC, bermula dengan 98889 dan diikuti dengan nombor akaun pembayar.

Pembayar dinasihati supaya merujuk Penyata Kira-Kira (Kaedah 2 Pembayaran alternatif) sebelum melakukan pembayaran.

Berikutan itu, berkuat kuasa 1 Julai 2019, pembayaran kepada HDC menerusi Mesin Deposit Tunai (CDM) adalah tidak dibenarkan, kecuali menerusi CIMB Bank sahaja.

Mohamad Asman menjelaskan, pembayaran menerusi CDM tidak lagi dibenarkan bagi mengelak pembayaran tanpa rekod.

Sejak awal 2018, HDC telah melancarkan perkhidmatan pembayaran atas talian JomPAY bagi memastikan pembayaran yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Advertisement