Anda di sini

40,000 unit PPR dijangka siap, tujuh projek sedang dalam pembinaan

Advertisement
MOHAMMAD (empat dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar (lima dari kiri).
MOHAMMAD (empat dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar (lima dari kiri).

KOTA KINABALU: Sebanyak 40 ribu unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dijangka bakal siap pada penghujung tahun ini dan tahun depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Mohammad Mentek, berkata daripada jumlah itu, tujuh projek PPR sedang dalam pembinaan iaitu PPR Kota Belud, PPR Kiansom Besar, Inanam, PPR Batu Putih Sandakan, PPR Sepagaya, PPR Pitas, PPR Kampung Gayang Dua dan PPR Tagasan.

"Manakala tiga projek PPR lagi sedang dalam perancangan untuk mengenal pasti lokasi dan mendapatkan tanah untuk pembinaan projek PPR terbabit.

"Di Sabah kalau dikira daripada segi bilangan projek yang diluluskan, Sabah kira menduduki tempat teratas sekali dengan 30 projek pembinaan telah pun siap dibina berbanding di negeri-negeri lain," katanya ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pada Jumaat.

Mengulas tujuan kunjungan katanya, adalah untuk memaklumkan perkembangan dan perancangan projek-projek perumahan yang ada di negeri ini.

Tambahnya, kini terdapat 3,000 unit PPR yang kosong dan proses pengisian itu akan dikendalikan Kerajaan Negeri.

Beliau berharap agar kekosongan itu dapat diisi dengan segera supaya dapat dimanfaat oleh rakyat khususnya mereka yang di bawah kategori B40.

Dalam pada itu, Mohammad memaklumkan tiga agensi di bawah penstrukturan semula iaitu Prima yang dahulunya di bawah Jabatan Ketua Menteri, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di bawah Kementerian Kewangan dan Projek Perumahan Awam Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri kini diletakkan di bawah KPKT.

  • oleh
  • Advertisement