Anda di sini

Siapa Haziq Aziz?

Advertisement
HAZIQ. — Gambar Twitter
HAZIQ. — Gambar Twitter

KUCHING: Haziq Abdullah Abdul Aziz menjadi tumpuan selepas membuat pengakuan bersumpah bahawa beliau terlibat dalam aksi seks dalam rakaman video yang didakwa bersama seorang menteri kabinet persekutuan.

Video yang memaparkan aksi ranjang dua lelaki itu yang tular pada Selasa tidak hanya memberi perhatian kepada menteri kabinet yang didakwa, tetapi juga Haziq sendiri.

Nama Haziq terus menjadi perhatian selepas dia turut membuat pengakuan mengenai rakaman berkenaan menerusi video berdurasi 34 saat dan dimuat naik menerusi laman Facebooknya kira-kira jam 2.30 pagi Rabu.

Bagaimanapun, Haziq menafikan beliau merupakan individu dalam video tersebut menerusi perbualan telefon dengan Ketua PKR Cabang Santubong Ahmad Nazib Johari semalam.

Malah, Ahmad Nazib berkata beliau turut menghubungi rakan-rakan Haziq dan juga dimaklumkan mengenai penafian oleh Haziq.

Ahmad Nazib berkata, penafian Haziq itu berkaitan dengan video aksi ranjang sejenis yang didakwa dengan seorang menteri kabinet persekutuan yang tular mulai Selasa, dan video penga-kuan perlakuan seks dilakukan individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Haziq Aziz pada awal pagi Rabu.

Namun, siapakah Haziq Abdullah Abdul Aziz?

Menurut sumber, Ha-ziq yang dilahirkan tahun 1992, merupakan graduan Sarjana Muda Undang-Undang dan telah dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin pada 19 Januari lepas.

Melihat kepada penglibatan dalam parti politik, Haziq mempunyai sejarah lama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malahan menjadi peng-asas serta presiden sayap pelajar PKR, Mahasiswa Keadilan semasa menuntut di Universiti Malaya (UM) pada 2012.

Menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris nasional sebelum ini, pada 2012, Haziq ialah antara tiga pelajar UM yang digantung semester dan didenda RM200 setiap satu kerana menyertai de-monstrasi anti-PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

Demonstrasi itu me-nyeru pihak berkuasa untuk menghapuskan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma.

Namun sehingga 2016, Haziq yang pernah me-nyertai program pertuka-                                                 ran mahasiswa antarabangsa Fulbright itu dikatakan menyatakan hasrat untuk meninggalkan PKR.

Bagaimanapun, pe-mimpin tertinggi PKR menyatakan tidak pernah menerima surat memohon atau memaklumkan beliau meninggalkan parti itu.

Selepas itu, Haziq di-katakan menjadi pelatih menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau dikatakan telah menyertai kembali PKR dan dipilih menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong.

Haziq kembali bersama PKR selepas PRU14 dan kemudian dipilih Ketua Pemuda Bahagian Santubong.

Advertisement