Anda di sini

Projek pembedahan sumbing bibir, lelangit diteruskan

Advertisement
 Pengurus Besar LPB Zulkurnain Ayub (tiga kiri) menyampaikan sumbangan LPB untuk Projek Amal Sumbing Bibir dan Lelangit Ke-20 kepada Dr Kim semalam.
PRIHATIN: Pengurus Besar LPB Zulkurnain Ayub (tiga kiri) menyampaikan sumbangan LPB untuk Projek Amal Sumbing Bibir dan Lelangit Ke-20 kepada Dr Kim semalam.

BINTULU: Beberapa kejayaan yang dicapai Hospital Columbia Asia dalam melaksanakan 356 pembedahan ke atas pesakit sumbing bibir dan lelangit sejak beberapa tahun lepas diteruskan lagi untuk projek sama pada tahun ini untuk 13 pesakit kanak-kanak dan tiga dewasa masing-masingnya berumur satu hingga dua tahun serta 18 tahun ke atas di hospital terbabit semalam.

Pengurus Besar Hospital Columbia Asia Bintulu Hazlim Sham Ibrahim berkata, ini merupakan projek amal ketiga diadakan di Bintulu dan yang pertama telah diadakan pada 2011 dan yang kedua tahun lepas (2018) serta untuk kali ke-20.

“Tahun ini kami telah mendaftar 17 pesakit (ber-umur satu hingga 18 tahun ke atas) sekali gus berterima kasih kepada semua pihak yang menyumbang termasuk pakar bedah bagi memastikan projek ini berjaya,” katanya berucap pada Majlis Pe-nyampaian Cek Projek Amal Sumbing Bibir dan Lelangit Ke-20 di Hospital Columbia Asia Bintulu semalam.

Pengurus Besar Wilayah Hospital Columbia Asia Miri Yeoh Kim Looi berkata, sejak 2004 iaitu 14 tahun lepas mereka telah menguruskan 356 kes dan mencapai kejayaan yang baik.

“Ramai pesakit telah menjalani dan menyertai projek amal ini yang telah dilaksanakan sebelum ini dan ini merupakan projek kali ke-20 pada tahun ini,” ujarnya dalam sidang media selepas majlis itu.

Dalam pada itu, Pakar Bedah Cleft Plastic Surgery Sdn Bhd Hospital Pantai Kuala Lumpur Dr Kim K Tan berkata, sejak 14 tahun lepas ini merupakan projek amal pembedahan sumbing bibir dan lelangit kali ke-20 di Sarawak.

“Tahun ini saya kembali lagi melihat kanak-kanak yang telah menjalani pembedahan kini membesar menjadi seorang dewasa yang cantik dan saya berbesar hati untuk kembali semula ke Sarawak (untuk projek amal ini),” ujarnya.

Beliau menghargai dan berterima kasih kepada para penyumbang baharu dan lama serta Hospital Columbia Asia Bintulu yang menjadi tuan rumah kepada projek amal pada kali ini.

Dr Kim berkata, mereka yang ingin menjalani pembedahan tersebut perlu rawatan berperingkat bermula daripada seorang bayi kepada seorang dewasa dan masalah yang kerap dihadapi oleh pesakit bayi adalah kesukaran pada giginya untuk menyusu menggunakan susu botol.

Justeru katanya, untuk membaikpulih keadaan pesakit ia perlu melalui dua peringkat untuk membetulkan bibir pesakit dan bebe-rapa kesan yang baik daripada hasil pembedahan itu adalah dari segi penampilan, percakapan dan pendengaran.

Katanya, untuk pembedahan ini para pesakit tidak perlu membayar kosnya yang mana akan dibiayai oleh Persatuan Sumbing Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM).

Berkenaan keadaan pesakit di Sarawak katanya, masalah utama adalah kekurangan tenaga kerja pakar untuk merawat pesakit, masalah geografi yang mana para pesakit luar bandar perlu me-nempuh perjalanan jauh dari penempatan mereka untuk ke bandar mendapatkan rawatan serta bertemu dengan doktor yang betul berbanding pesakit dalam bandar.

Menjelas lanjut mengenai pembedahan pesakit tersebut, ia bergantung kepada jenis, keadaan sumbing yang kadang-kadang membabitkan hanya sebelah dan ada dua belah serta kadang-kadang membabitkan lelangit di dalamnya, yang biasa adalah sebelah bibir dan lelangit.

Katanya, pesakit berke-adaan begitu perlu menjalani pembedahan untuk membetulkan bibir dan lelangit merangkumi dua pembedahan dan untuk gam adalah pembedahan kali ketiga secara minimumnya antaranya untuk kanak-kanak membabitkan umur lapan hingga sembilan tahun. Pesakit akan sembuh secara normal seminggu selepas sekali pembedahan.

Turut hadir Perunding Pakar Anestesiologi Hospital Pantai Kuala Lumpur Dr Joseph A Manavalan dan beberapa pasukan pakar lainnya.

Projek amal ini dibiayai CLAPAM dan dianjurkan dengan kerjasama Hospital Columbia Asia Bintulu.

Hospital Columbia Asia menyediakan tempat untuk pembedahan dan kemudahan serta bantuan lain yang diperlukan untuk pesakit dan penjaga mereka dalam tempoh pembedahan itu.

Projek ini menyasarkan bantuan untuk kanak-kanak dari kawasan luar bandar yang dilahirkan dengan keadaan bibir dan lelangit sumbing dengan jumlah pendapatan keluarga kurang RM2,000 sebulan.

Para penyumbang semalam terdiri terdiri daripada Harbour Link Group, Sarawak Fertilizer Sdn Bhd, Daiken Sarawak Sdn Bhd, Kelab Lion Bintulu, Econsave dan Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) serta beberapa pihak lainnya.

  • oleh
  • Advertisement