Anda di sini

PPM Tawau rampas 3,030 liter petrol cuba diseludup

Advertisement

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 3,030 liter minyak petrol dari tiga bot pam di perairan Batu 4 Jalan Apas di sini dalam Operasi Gelora Khas (OGK) antara jam 10.30 malam hingga 12 tengah malam tadi.

Difahamkan, kesemua petrol subsidi terbabit dipercayai hendak diseludup keluar oleh penyeludup minyak terlibat dari Tawau menuju ke negara jiran di Filipina.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kejayaan itu susulan maklumat Unit Risikan Marin (URM) sebelum sepasukan anggota PPM Tawau menjalankan operasi OGK.

KESEMUA barang rampasan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Tawau.
KESEMUA barang rampasan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Tawau.

"Dalam operasi ini, kita menahan tiga bot pam, sembilan enjin pam dan 101 jerikin berisi 30 liter petrol setiap satu, dengan anggaran keseluruhan rampasan bernilai hampir RM10, 000.

"Dua bot pam dikesan semasa pasukan kita berada di atas jambatan perkampungan atas air di Batu 4 menemui bot-bot itu dengan muatan 10 dan 38 jerikin," katanya, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Pajeri berkata tiada tangkapan suspek dilakukan kerana tidak ada seorangpun individu yang tampil mengaku sebagai pemilik bot dan 48 jerikin berkenaan.

Menurutnya, bot pam ketiga dikesan semasa serbuan itu masih berjalan dan terdapat dua suspek di atas bot itu yang dipercayai cuba melarikan diri dengan bergerak ke arah laut.

"Kita berusaha mengejar, namun mereka dilihat terjun ke laut semasa kita hendak memintas, dan usaha mencari kedua-dua suspek tidak berhasil kerana jarak penglihatan terhad," katanya.

Pemeriksaan selanjutnya di bot pam terbabit kemudian menemukan pasukan bertugas dengan empat lelaki warga asing berumur antara 17-22 tahun yang mengaku sebagai penumpang.

EMPAT warga asing turut ditahan.
EMPAT warga asing turut ditahan.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, malah, PPM Tawau turut merampas 53 jerikin petrol yang ditemui di bot terbabit.

"Kesemua tahanan dan barang rampasan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Tawau," katanya sambil mengesahkan tindakan diambil mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta  Kawalan Bekalan 1961.

  • oleh
  • Advertisement