Anda di sini

Polis diminta lakukan siasatan segera

Advertisement
KAMIS ketika ditemui pemberita.
KAMIS ketika ditemui pemberita.

LAHAD DATU: Exco Angkatan Muda Keadilan Pusat Kamis Burhan tampil membuat laporan polis meminta agar siasatan segera dilakukan berkenaan penularan video lucah mengaitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, tuduhan dan fitnah ke atas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat itu dengan individu bernama Haziq Aziz yang disebarkan melalui laman media sosial disifatkannya keterlaluan.

"Tuduhan dan fitnah itu keterlaluan dan saya menyeru agar siasatan segera dilakukan untuk tindakan undang-undang.

"Saya juga meminta kerjasama semua pengguna media sosial seterusnya masyarakat agar bertindak matang dalam menangani isu seumpama ini.

"Jangan kongsi kerana ia tidak sahih, ia betul-betul mengaibkan," katanya ketika ditemui di perkarangan IPD Lahad Datu hari ini.

Beliau yang juga naib ketua Cabang Keadilan Silam menyeru pihak yang bersekongkol dengan perbuatan menyebarkan fitnah dan tuduhan menghentikannya.

"Kerajaan baharu hari ini mempunyai platform yang luas untuk sesiapa sahaja meraih populariti dan menyerlah dalam bidang yang diminati apatah lagi politik.

"Manfaatkanlah peluang yang luas ini dengan bersaing secara sihat," katanya.

Khamis tampil membuat laporan di IPD Daerah Lahad Datu dengan diiringi sebahagian jawatankuasa dan ahli PKR Lahad Datu pada jam 3.34 petang.

Pada Rabu, individu didakwa bersama lelaki mirip menteri dalam video berkenaan dilaporkan tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa beliau terbabit dalam aksi itu.

Mengaku namanya sebagai Haziq Aziz, lelaki itu mendakwa video berkenaan dirakam pada 11 Mei lalu di bilik hotel di Sandakan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan klip video itu bagaimanapun menafikan pembabitannya dan menyifatkan itu sebagai satu tuduhan jahat dan kejam.

  • oleh
  • Advertisement