Anda di sini

Pelajar Swinburne antara terunggul pada pertandingan ‘Ericsson Hack for Good 2.0’

Advertisement
 Ahli kumpulan HUMMINGBIRD 4.0 menerima replika cek daripada Pengarah Urusan BASF PETRONAS Chemicals Sdn Bhd Dr Sven Crone.
TAHNIAH: Ahli kumpulan HUMMINGBIRD 4.0 menerima replika cek daripada Pengarah Urusan BASF PETRONAS Chemicals Sdn Bhd Dr Sven Crone.

SKUDAI: Kumpulan pelajar Swinburne dinobatkan peme-nang tempat kedua dalam pertandingan ‘Ericsson Hack for Good 2.0’ baru-baru ini.

Dalam pertandingan yang menghendaki mereka cipta sistem penyelesaian berasaskan Internet Semua Benda (IoT) itu, peserta perlu memuat naik video dan idea abstrak mereka berdasarkan tema yang dipilih.

Antara tema-tema yang dipertandingkan termasuk IoT dalam Perubahan Iklim, IoT dalam Pengurusan Kualiti Air, IoT dalam Kepelbagaian Ekologi Bakau dan IoT dalam Pengeluaran Perikanan, namun hanya 10 idea terbaik dipilih untuk menyertai pusingan akhir.

Dalam pertandingan tersebut, Swinburne diwakili kumpulan HUMMINGBIRD 4.0 yang terdiri daripada pelajar kejuruteraan dan elektronik Pete Ling, Brian Lim dan Tsen Xin Hui.

Kumpulan itu berada di bawah seliaan Timbalan Ketua Sekolah Kejuruteraan Swinburne Dr Chua Hong Siang yang bertanding dalam kategori tema IoT dalam Perubahan Iklim.

Mereka telah mencipta sistem penyelesaian yang berkuasa rendah, kos efektif dan bukan invasif yang boleh digunakan dalam pemantauan perubahan iklim.

Sistem itu merangkumi peranti sensor berkuasa rendah yang mempunyai jangka hayat lebih 10 tahun tanpa perlu dicas semula atau gantian bateri.

Selain itu, dron yang dilengkapi sensor dikenali sebagai Hummingbird yang boleh digunakan untuk memantau kawasan bagi tujuan pengesahan data serta alat solar yang dihidupkan secara automatik apabila keamatan cahaya rendah dan konsentrasi karbon dioksida tinggi.

Menurut kumpulan pelajar Swinburne, kemenangan tersebut merupakan pengiktirafan terhadap usaha mereka dalam pemantauan alam sekitar dan memberi motivasi untuk mereka bekerja lebih gigih.

Pertandingan Ericsson Hack for Good 2.0 dibuka kepada pelajar institusi penga-jian tinggi swasta dan awam (kategori 1) dan golongan profesional seperti jurutera, pereka dan ahli perniagaan (kategori 1) di Malaysia.

Sebanyak 32 kumpulan pelajar dan lapan kumpulan profesional telah mengambil bahagian dalam pertandingan tahun ini.

Antara institusi pengajian tinggi yang dipilih ke pusingan akhir adalah Swinburne, Universiti Multimedia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Univer-siti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Anta-rabangsa Malaysia dan Kolej Pertama Insan-USIM.

Semua idea yang diper-tandingkan dinilai dari segi faktor keaslian dan pem-baharuan, kegunaan dan praktikaliti, pelaksanaan dan kualiti prototaip, potensi perniagaan dan adaptasi Tek-nologi Ericsson dan API.

Penganjur utama Hack for Good 2.0 adalah Ericsson Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai Swinburne boleh layari www.swinburne.edu.my atau Facebook (@swinburnesarawak), Instagram (@swinburnesarawak), Twitter (@swinburne_Swk) atau YouTube (Swiburne Sarawak).

Advertisement