Anda di sini

Kerjasama penuh tangani ancaman Abu Sayyaf

Advertisement
SHAFIE (kanan) berbincang bersama Mohammad Mentek sempena kunjungan itu.
SHAFIE (kanan) berbincang bersama Mohammad Mentek sempena kunjungan itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keselamatan negeri ini terjamin daripada ancaman Kumpulan Abu Sayyaf.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerjasama itu meliputi usaha meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan kerajaan Sabah khususnya di bahagian pantai timur Sabah.

"Isu ini bukan perkara asing bagi kita, cuma apa yang penting adalah kita tingkatkan daya upaya kesiapsiagaan kita dari segi pengawalan keselamatan.

"Selaku pengerusi Majlis Keselamatan Negeri (MKN), saya akan memanggil pasukan keselamatan bagi memastikan negeri ini kawasan yang selamat dikunjungi pelancong dalam dan luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador bahawa Sabah masih berdepan ancaman Kumpulan Abu Sayyaf.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Mohammad Mentek, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shafie akan memastikan tiada tanggapan luar yang menyatakan Sabah tidak selamat ekoran pernah berlaku insiden penculikan.

Katanya, tanggapan seumpama itu perlu ditepis dan tidak benar kerana kerajaan negeri amat menitik berat soal keselamatan pelancong bersesuaian dengan penerimaan kehadiran pelancong yang semakin ramai dari luar dan dalam negara.

Beliau juga berharap agar rakyat dapat membantu menjadi mata telinga pasukan keselamatan dengan memaklumkan sekiranya wujud anasir luar yang jahat masuk ke negeri ini.

Terdahulu, Hamid berkata serangan kumpulan yang berpangkalan di Jolo Sulu itu boleh berlaku bila-bila masa sahaja biarpun Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) diwujudkan.

  • oleh
  • Advertisement