Anda di sini

Haziq tidak pernah sertai PBB - Shamsul

Advertisement
Shamsul ketika sidang media berkenaan isu Haziq yang terlibat dalam penularan video lucah di Kementerian Industri Utama hari ini. - Gambar Bernama 
Shamsul ketika sidang media berkenaan isu Haziq yang terlibat dalam penularan video lucah di Kementerian Industri Utama hari ini. - Gambar Bernama 

KUCHING: Haziq Abdullah Abdul Aziz tidak pernah menyertai Parti Persaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada sidang media di bangunan kementerian itu di Putrajaya, hari ini.

"Saya difahamkan beliau (Haziq) tidak pernah menganggotai parti (PBB) yang dianggotai Yang Amat Berhormat Nancy (Datuk Seri Nancy Shukri).

"Beliau (Haziq) terlibat (dengan Nancy) sebagai Felo Perdana dan bertugas dengan bekas menteri itu...Saya berpendapat Felo Perdana tentunya tempat untuk memberi ruang kepada orang muda mencungkil bakat," katanya.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu juga berpendapat tiada masalah untuk Haziq bertugas bersama Nancy di bawah program Felo Perdana.

Sementara itu, Nancy yang dihubungi semalam menerusi WhatsApp dengan ringkas berkata, "Ia (perkara ini) adalah antara beliau (Haziq) dengan partinya (Parti Keadilan Rakyat). Tiada kena-mengena dengan saya".

Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata demikian apabila diminta mengulas dakwaan dalam media sosial mengatakan Haziq individu yang dikaitkan dengan seks sejenis dengan seorang menteri kabinet pernah menjadi pembantu peribadi Nancy.

Beberapa pemilik akaun media sosial (Facebook) mendakwa sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, tahun lalu, Haziq merupakan pembantu peribadi atau pembantu kepada Nancy.

Turut dimuat naik, beberapa gambar Nancy bersama Haziq ketika melakukan tugas rasmi dan berkempen untuk Barisan Nasional (BN) pada PRU lalu.

Malah sebelum ini Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa Haziq merupakan ahli PBB dan BN.

  • oleh
  • Advertisement