Anda di sini

Haziq nafi

Advertisement
HAZIQ. — Gambar Twitter
HAZIQ. — Gambar Twitter

KUCHING: Haziq Abdullah Abdul Aziz individu yang dikaitkan dengan seks sejenis dengan seorang menteri kabinet persekutuan menafikan bahawa beliau merupakan individu dalam video tersebut.

Penafian itu ditegaskan oleh Ketua PKR Cabang Santubong Ahmad Nazib Johari ketika dihubungi selepas menelefon Haziq pada kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Menurutnya, beliau turut menghubungi rakan-rakan Haziq dan juga dimaklumkan mengenai penafian oleh Haziq yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama.

AHMAD NAZIB
AHMAD NAZIB

Ahmad Nazib berkata, penafian Haziq itu bersangkut paut dengan video aksi ranjang sejenis dengan seorang menteri kabinet persekutuan yang tular mulai Selasa, dan video pengakuan perlakuan seks dilakukan individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Haziq Aziz pada awal pagi Rabu.

Cubaan Utusan Borneo menghubungi Haziq gagal sejak pagi semalam. Beliau difahamkan berada di Kuala Lumpur setakat berita ini ditulis.

Mengulas lanjut, Ahmad Nazib berkata beliau amat mengenali Haziq yang sukar untuk dipercayai akan berkelakuan sedemikian.

Rambut Haziq dalam video itu agak panjang berbanding pendek ketika berjumpa lima hari lepas, jelasnya.
"Dia lama dah tak pergi gimnasium, badan dia sekarang tak besar macam dalam video," katanya.
Ahmad Nazib turut percaya yang Facebook Haziq telah digodam.

Video pengakuan 34 saat itu dimuat naik menerusi Facebook Haziq pada kira-kira jam 2 pagi Rabu.

Video memaparkan aksi ranjang dua lelaki itu mula tular pada Selasa.

"Video tersebut telah diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan di bilik ... di Hotel Four Point," kata individu yang memperkenalkan diri sebagai Haziq Aziz.

Sementara itu, Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran PKR Cabang Santubong dijadual diadakan pada 15 Jun ini di kediaman Haziq, di Petra Jaya.

Naib Ketua PKR Santubong Ali Hossen ketika dihubungi berkata majlis itu mungkin diadakan di tempat lain ekoran perkembangan terkini.

Beliau enggan mengulas mengenai isu video seks sejenis yang hangat sekarang.

"Saya bukan orang yang berhak mengulas mengenainya," katanya.

  • oleh
  • Advertisement