Anda di sini

Abang Johari tandatangan plak perasmian Wisma Mary Hoover

Advertisement
 Abang Johari (tiga kanan) ditemani isteri Juma’ani (dua kanan) menandatangani plak perasmian Wisma Mary Hoover di Jalan Pulau.
RASMI: Abang Johari (tiga kanan) ditemani isteri Juma’ani (dua kanan) menandatangani plak perasmian Wisma Mary Hoover di Jalan Pulau.

SIBU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menyempurnakan Majlis Menandatangani Plak Perasmian Wisma Mary Hoover di Jalan Pulau di sini semalam.

Wisma Mary Hoover yang menempatkan Tadika Cina Methodist dibina dengan kos sebanyak RM8.5 juta.

Ia mempunyai sebanyak 18 bilik kelas, lapan bilik lain, sebuah teater mini, dapur, kantin dan taman permainan.

Tadika Cina Methodist yang menyambut ulang tahun ke-100 pada tahun ini, mempunyai seramai 310 kanak-kanak tadika dengan 90 orang daripadanya adalah bumiputera.

Terdahulu pada 24 Februari lepas, majlis perasmian Wisma Mary Hoover telah disempurnakan Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh yang mewakili Ketua Menteri ketika itu.

Turut hadir ialah isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bangunan Wisma Mary Hoover dan Pengerusi Tadika Cina Methodist John Ting Sik Kang.

Advertisement