Anda di sini

89 pasukan akan bersaing raih gelaran juara

Advertisement
GOH (lima kanan), Susan  (lima kiri) dan jawatankuasa penganjur menunjukkan trofi, pingat dan panji-panji untuk Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Keenam FCAS Sabah 2019.
GOH (lima kanan), Susan (lima kiri) dan jawatankuasa penganjur menunjukkan trofi, pingat dan panji-panji untuk Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Keenam FCAS Sabah 2019.

KOTA KINABALU: Sebanyak 89 pasukan antarabangsa dan Malaysia akan bersaing untuk meraih gelaran juara dalam perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS Kali Keenam FCAS Sabah 2019, yang akan berlangsung di Teluk Likas pada 15 dan 16 Jun ini.

Penganjur, Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS), telah melakukan persiapan terakhir untuk memastikan perlumbaan berjalan dengan lancar.
    
Presiden FCAS Tan Sri Dr T.C. Goh, JP, yang juga pengerusi acara itu berkata, terdapat 89 pasukan bertanding dalam sembilan kategori.
    
Para peserta itu datang daripada Guangdong China, Filipina, Brunei, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak, serta pasukan pantai barat dan Tawau daripada Sabah.
    
"Ini pastinya akan menjadi perlumbaan yang menarik tahun ini, "katanya.
    
Sementara itu, pengerusi penganjur Datuk Susan Wong Siew Guen berkata, taklimat dan cabutan perlumbaan akan diadakan di Sutera Harbour Marina dan Country Club pada jam 9 pagi, 14 Jun, Jumaat. Minuman ringan akan disediakan selepas sesi tersebut.
    
Majlis jamuan pantai matahari terbenam akan diadakan di pantai Teluk Likas pada hari yang sama (sebelah petang) bermula jam 5.00 petang hingga 9.15 malam.
    
Majlis ini akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew, ia terbuka kepada tetamu undangan, ahli-ahli persatuan FCAS, presiden atau wakil, dan para peserta perlumbaan naga sahaja.
    
Perlumbaan saringan untuk semua kategori akan bermula pada 15 Jun, Sabtu.
    
Susan menggesa semua pasukan perahu naga untuk mendaftarkan diri di tempat itu pada jam 6 pagi untuk upacara olahragawan menyampaikan ikrar, penyampaian cenderahati kepada pasukan penyertaan dan sesi foto berkumpulan. Perlumbaan saringan akan bermula jam 8.00 pagi.
    
Sementara itu, hari perlumbaan akhir akan diadakan pada hari berikutnya, 16 Jun, Ahad, mulai jam 7.30 pagi.
    
Tetamu kehormat, Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, akan merasmikan majlis pembukaan pada jam 9.00 pagi, diiringi tetamu khas termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew, Speaker Dewan Undangan Negeri, menteri Kabinet Negeri dan Mayor Datuk Nordin Siman.
    
Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyaksikan perlumbaan itu. Masuk adalah percuma.
    
Biro Wanita FCAS juga akan mengadakan pertandingan masakan ladu Cina pada sebelah pagi untuk meraikan Festival Duanwu.

  • oleh
  • Advertisement