Anda di sini

Warga UK menang loteri US$156 juta

Advertisement
Pemegang tiket bertuah memenangi loteri bernilai 123 juta pound - Gambar fail AFP

MOSCOW: Seorang warga United Kingdom (UK) memenangi loteri bernilai 123 juta pound (US$156 juta), lapor agensi berita Sputnik, memetik media tempatan. 

"Pemegang tiket bertuah itu memenangi loteri bernilai 123 juta pound "jackpot EuroMillions", kemenangan ketiga terbesar untuk Loteri Nasional di UK," kata penasihat kanan Nasional Loteri Andy Carter. 

Katanya, pemenang berjaya meneka lima nombor utama dan dua "bintang bertuah." 

Bagaimanapun, identiti pemenang belum diumumkan. - Bernama 

Advertisement