Anda di sini

Remaja lelaki mengaku rogol remaja perempuan sehingga mengandung

Advertisement

KUCHING: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 17 tahun sehingga menyebabkannya mengandung.

Tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Syukri Mokhtar sejurus pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadratun Naim Mohd Saidi.

Menurut fakta kes, mangsa mengenali tertuduh melalui laman sesawang Facebook.

Mangsa kemudiannya dipaksa untuk melakukan hubungan seks pertama kali dengan remaja lelaki berkenaan di rumah kongsi di Jalan Matang Jaya.

Hasil daripada perbuatan keji itu, remaja perempuan berkenaan kini mengandung tiga bulan.

Tertuduh kemudiannya ditangkap polis pada 4 Mei lepas.

Mahkamah menetapkan 25 Julai depan untuk mendengar laporan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh disebat.

Advertisement