Anda di sini

Polis Hungary angkat bot pelancongan karam dari sungai

Advertisement
 Anggota penyelamat Hungary mengangkat mayat dari bot pelancongan Mermaid, yang karam selepas berlanggar dengan kapal persiaran di Sungai Danube pada 29 Mei lalu, di Budapest semalam. — Gambar AFP
MALANG: Anggota penyelamat Hungary mengangkat mayat dari bot pelancongan Mermaid, yang karam selepas berlanggar dengan kapal persiaran di Sungai Danube pada 29 Mei lalu, di Budapest semalam. — Gambar AFP

BUDAPEST: Polis Hungary semalam mula mengangkat sebuah bot pelancongan yang karam di Sungai Danube di Budapest pada bulan lepas dalam satu kemalangan yang telah meragut 20 nyawa manakala lapan orang masih hilang.

Bot pelancongan Mermaid membawa kebanyakan pelancong dari Korea Selatan ketika ia terbalik dan karam beberapa saat selepas ia berlanggar dengan sebuah kapal persiaran sungai yang lebih besar di bahagian sungai tersebut yang sibuk pada 29 Mei lepas.

Hanya tujuh daripada 35 orang dalambot terbabit diketahui terselamat dalam nahas itu, manakala prospek untuk mencari penumpang lain yang masih hidup dilihat sebagai kosong.

Mereka yang hilang termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun selain kapten bot Mermaid dari Hungary.

Penyelam tidak dapat me-masuki bot yang tenggelam kerana arus kuat di sungai yang membesar selepas hujan turun selama berminggu-minggu.

Sebaliknya operasi menyelamat bot telah memberi tumpuan kepada usaha me-masang abah-abah wayar di bawah dan sekeliling bot bagi menyediakannya untuk diangkat oleh kren yang dipasang atas sebuah baj.

Seorang jurucakap polis kelmarin berkata operasi mengangkat itu memakan masa enam jam, dan dijalankan secara berperingkat-peringkat untuk membolehkan penyelam mencari mangsa yang mungkin masih ada di dalam bot tersebut.

Selepas ia dikeluarkan dan dibawa ke sebuah lokasi selamat, bot Mermaid itu akan diperiksa oleh polis yang telah melancarkan siasatan jenayah ke atas punca nahas itu.

Kapten kapal persiaran sungai terbabit, Viking Sigyn, telah ditangkap atas tuduhan “membahayakan trafik air yang menyebabkan beberapa kematian”. — AFP

Advertisement