Anda di sini

Pasukan Chin Aun, James beraksi di Stadium Likas 22 Jun

Advertisement
JAMES WONG
JAMES WONG

KOTA KINABALU: Peminat bola sepak di sini bakal disajikan aksi bekas pemain yang pernah mengharumkan nama negeri dan negara dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Likas pada 22 Jun ini.

Perlawanan persahabatan itu mempertemukan pasukan Persatuan Bekas Pemain Negeri dan Kebangsaan yang diketuai Dato Soh Chin Aun dan pasukan Bekas Pemain Sabah diketuai Datuk James Wong.

Orang ramai khususnya peminat bola sepak dialu-alukan datang menyaksikan perlawanan itu. Sepak mula pada jam 4.15 petang dan masuk adalah percuma.

"Ini adalah kali pertama pasukan yang diketuai Dato Soh Chin Aun datang ke Sabah dan ia adalah satu penghormatan untuk kami menjadi tuan rumah dalam perlawanan persahabatan dengan mereka di Stadium Likas nanti.

"Kami belum menerima senarai rasmi tetapi saya difahamkan bahawa mereka (pasukan Soh Chi Aun) akan dibarisi kira-kira 28 pemain termasuk Datuk Santokh Singh," kata James yang juga presiden Persatuan Bekas Pemain Sabah.

James berkata, pasukannya akan dibarisi pemain berusia 45 tahun ke atas yang terdiri daripada ahli persatuan.

"Perlawanan ini adalah untuk pemain berusia 45 tahun ke atas. Kami mungkin menurunkan pemain seperti Yap Wai Loon, Gerald Mojiliu dan Jekerison Kilan.

"Saya juga akan beraksi untuk 15 minit atau lebih," kata James yang juga bekas pemain kebangsaan yang terkenal dengan panggilan `King James'.

  • oleh
  • Advertisement