Anda di sini

Ma-Zhong Sabah hadiri forum perniagaan Asean di China

Advertisement
PERWAKILAN negara semasa ekspo SSACEIF, yang terdiri daripada Steven Liaw (kiri), Tony Liew (tiga kiri) dan Oh (tengah).
PERWAKILAN negara semasa ekspo SSACEIF, yang terdiri daripada Steven Liaw (kiri), Tony Liew (tiga kiri) dan Oh (tengah).

KOTA KINABALU: Delegasi Persatuan Persahabatan Ma-Zhong Sabah yang diketuai oleh Presidennya Dr Oh Ei Sun menghadiri Forum Perniagaan Asean di Kunming, wilayah Yunnan, China.

Semasa forum, Oh berkesempatan menyertai perbincangan meja bulat Ketua Eksekutif CPC Provinsi Yunnan Chen Hao.

Dalam pertemuan itu, Oh berkata Sabah tidak sabar untuk menerima lebih banyak pelabur dan pelancong dari Yunnan.

Selain itu, beliau turut dijemput untuk memberi taklimat mengenai 'Belt and Road Initiative' (BRI) dari perspektif Asia Tenggara.

Beliau juga sempat menyatakan bahawa meskipun sudah wujud pertukaran budaya antara China dan negara Asia Tenggara, namun budaya warna warni itu perlu dipertahankan dari generasi ke generasi yang lain.

Pada masa sama, beliau sempat menekankan aspek pertukaran pendidikan yang menjadi salah satu teras kepada BRI.

"Universiti di China dan Asia Tenggara harus menubuhkan kampus cawangan di antara satu sama lain.

"Misalnya, Kampus Universiti Xiamen di Kuala Lumpur, dan kita mengalu-alukan universiti dari Malaysia ke Yunnan untuk melakukan perkara yang sama di Sabah.

"Ini sudah tentu sebagai galakan kepada inisiatif pertukaran pelajar dan fakulti yang perlu dipertingkatkan," katanya.

Delegasi Ma Zhong Sabah turut menghadiri majlis perasmian Ekspo Komoditi Asia Selatan dan Asia Tenggara serta Pameran Pelaburan (SSACEIF) di Kunming.

Advertisement