Anda di sini

Hotel beroperasi seperti biasa

Advertisement

SANDAKAN: Operasi perniagaan sebuah hotel yang dikaitkan dengan penyebaran video intim dua lelaki dikatakan menyerupai menteri Kabinet Persekutuan, berjalan seperti biasa.

Hasil tinjauan Utusan Borneo mendapati hotel itu beroperasi seperti biasa dan tidak kelihatan terjejas dengan penyebaran video berkenaan.

Menurut sumber dalaman, setakat ini tiada sebarang pembatalan penempahan bilik hotel atau majlis-majlis yang akan diadakan di hotel itu.

Sumber itu juga mengatakan penempahan bilik hotel berlaku seperti biasa.

Beberapa pihak pengurusan hotel gagal dihubungi Utusan Borneo dan tidak mengangkat panggilan telefon.

Hotel berkenaan dikaitkan dengan video terbabit yang tular di laman sosial sejak Selasa selepas seorang setiausaha sulit kanan kepada seorang Timbalan Menteri Persekutuan membuat pengakuan bersumpah mengatakan dia merupakan individu dalam klip video seks bersama seorang lelaki mirip menteri Kabinet dan mengatakan lokasi di sebuah hotel terkemuka di Sandakan.

Mengikut laporan media sosial, seorang daripada lelaki dalam rakaman tersebut dikatakan membuat pengakuan bahawa insiden itu berlaku di sebuah bilik hotel berkenaan pada 11 Mei lepas, ketika berlangsung pilihan raya kecil Parlimen Sandakan.

Menteri yang dikaitkan dengan penularan video berkenaan sudah pun membuat penafian, sambil menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab.

  • oleh
  • Advertisement