Anda di sini

Henti tular video - PKR

Advertisement
 

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa agar penyebaran video yang tular dan diperkatakan oleh umum dihentikan serta-merta. 

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) menegaskan gaya dan cara berpolitik seperti itu tidak membawa sebarang keuntungan kepada masyarakat dan juga negara. 

"KEADILAN (PKR) tegas dan konsisten menolak sebarang bentuk permainan politik kotor terutamanya apabila kerajaan baharu Pakatan Harapan telah dipilih oleh rakyat atas semangat agenda reformasi untuk membantu rakyat dan membangunkan negara," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi beliau, hari ini.

Video memaparkan aksi ranjang dua lelaki itu mula tular pada Selasa.

Awal pagi ini, seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Haziq Aziz membuat pengakuan bersumpah bahawa beliau merupakan individu atas ranjang bersama seorang menteri.

Pengakuan itu dilakukan Haziq menerusi video 34 saat dan dimuat naik menerusi laman Facebooknya pada kira-kira pukul 2.30 pagi Rabu.

BERITA BERKAITAN: Haziq mengaku dia bersama menteri atas ranjang


 

Advertisement