Anda di sini

Haziq mengaku dia bersama menteri atas ranjang

Advertisement
HAZIQ AZIZ
HAZIQ AZIZ

 KUCHING: Seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Haziq Aziz membuat pengakuan bersumpah bahawa beliau merupakan individu atas ranjang bersama seorang menteri.

Pengakuan itu dilakukan Haziq menerusi video 34 saat dan dimuat naik menerusi laman Facebooknya pada kira-kira pukul 2.30 pagi Rabu.

Video memaparkan aksi ranjang dua lelaki itu mula tular pada Selasa.

"Video tersebut telah diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan di bilik ... di Hotel Four Point," katanya.

Semalam turut tular ialah dokumen yang didakwa memaparkan kegiatan rasuah menteri itu. 

Justeru, Haziq menggesa SPRM untuk menyiasat tuduhan korupsi berkenaan.

"Dia bukanlah individu yang layak menjadi pemimpin," katanya.

Individu itu dikaitkan dengan Haziq Abd Aziz yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong dan juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama.

Usaha untuk mendapatkan ulasan menteri itu dan Haziq Abd Aziz belum berjaya setakat ini.

Advertisement