Anda di sini

Gol sendiri Chipolina bantu Ireland atasi Gibraltar 2-0

Advertisement
 Chipolina (kiri) bersaing dengan pemain Ireland, Scott Hogan pada perlawanan kelayakan Euro 2020 di Stadium Aviva, Dublin kelmarin. — Gambar AFP
SENGIT: Chipolina (kiri) bersaing dengan pemain Ireland, Scott Hogan pada perlawanan kelayakan Euro 2020 di Stadium Aviva, Dublin kelmarin. — Gambar AFP

DUBLIN, Ireland: Ireland memerlukan gol sendiri Joseph Chipolina dan tandukan minit akhir pemain gantian, Robbie Brady untuk menewaskan Gibraltar pada perlawanan Kumpulan D kelayakan Euro 2020 Isnin lepas.

Ireland memulakan perlawanan tanpa kalah di tangga teratas kumpulan selepas seri 1-1 di Denmark Jumaat lepas dan walaupun menguasai permainan menentang Gibraltar, mereka bergelut mencari peluang pada perlawanan di Stadium Aviva.

Penyerang David McGoldrick mengucar-kacirkan pertahanan Gibraltar tetapi rembatan beliau, yang terkena Chipolina dan masuk ke pintu golnya sendiri hanya mampu menghasilkan gol pembukaan pada minit ke-27.

Ireland mempunyai banyak peluang dengan McGoldrick berpeluang menambah jaringan tetapi rembatannya terkena palang sebelum Brady menjaringkan gol kedua pada minit kecederaan.

Denmark tidak mempunyai masalah yang sama di Copenhagen dengan Kasper Dolberg menjaringkan dua gol di antara gol penalti Eriksen, selain gol Yussuf Poulsen dan Martin Braithwaite ketika membenam Georgia 5-1.

Ireland mengumpul 10 mata selepas empat perlawanan dengan Denmark di tangga kedua dengan lima mata dari tiga perlawanan.

Switzerland, yang menamatkan kejohanan Liga Negara UEFA di tangga keempat, di tangga ketiga dengan empat mata selepas dua mata.

Georgia dengan tiga mata dan Gibraltar di tangga tercorot tanpa sebarang mata. — Reuters

Advertisement