Anda di sini

Gerakan mencari warga emas hilang dilancar

Advertisement
Antara aggota operasi SAR yang berkumpul di luar kawasan rumah panjang tersebut hari ini. - Gambar ihsan bomba 

KUCHING: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang sejak 6 Jun selepas keluar dari rumah keluarganya di Rumah Anji Bala, Mupoh Baroh, Spak di Betong.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa dikenali sebagai Jam Jayan, 63, dikatakan mempunyai kurang daya ingatan.

Menurutnya, laporan kehilangan mangsa dibuat keluarga di Balai Polis Betong beberapa hari kemudian dan khidmat bomba diperlukan apabila mangsa masih gagal ditemui.

“Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dimulakan pada pukul 8.12 pagi (hari ini) dan operasi pencarian dimulakan pada pukul 9.45 pagi dengan radius pencarian sekitar 500 meter dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

PKB didirikan di kawasan rumah panjang tersebut
PKB didirikan di kawasan rumah panjang tersebut

“Pasukan SAR dibahagi kepada dua kumpulan dengan tumpuan di kawasan jalan darat dan sungai dengan menggunakan bot penduduk kampung,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Operasi SAR tersebut turut disertai anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

Maklumat selanjutnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

  • oleh
  • Advertisement