Anda di sini

Bukit Aman ambil alih siasatan klip video

Advertisement
OMAR MAMMAH
OMAR MAMMAH

KOTA KINABALU: Bukit Aman kini mengendalikan kerja penyiasatan membabitkan rakaman klip video intim hubungan sejenis menyerupai menteri kanan yang ditularkan sejak Selasa.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata pasukan polis Bukit Aman kini mengambil alih siasatan sepenuhnya.

“Walaupun kejadian didakwa berlaku di salah sebuah hotel di Sandakan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Mei lalu, namun mereka (Bukit Aman) yang mengendalikan siasatan,” katanya semasa dihubungi hari ini.

Terdahulu, klip video terbabit yang memaparkan dua lelaki di atas katil sambil berbogel dengan melakukan aksi sensual mula ditularkan selepas beberapa individu memuat naik video bersama transaksi kewangan yang diterima oleh menteri terbabit di kumpulan Whatapps yang dibuat kira-kira jam 1.30 pagi.

Awal pagi Rabu, satu lagi video berkenaan pengakuan bersumpah seorang lelaki didakwa setiausaha sulit kanan mengatakan dia terlibat dalam aksi terbabit selain mengaku video terbabit diambil tanpa kebenarannya.

Sehingga kini, kesahihan video terbabit masih belum diketahui dan rata-rata netizen turut meragui kebenaran serta motif klip video terbabit disebarkan.

  • oleh
  • Advertisement