Anda di sini

Bekas penagih kena lima tahun, dua sebat

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang bekas penagih berulang yang disabitkan dengan kesalahan kali keenam atas penyalahgunaan dadah, dikenakan penjara lima tahun dan dua sebat.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim juga memerintahkan Dexter Alden Durai, 35, dikenakan pengawasan polis selama dua tahun setelah tamat tempoh pemenjaraan.

Tertuduh yang mengaku salah didapati melakukan kesalahan itu pada 29 Mac jam di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Balai Polis Penampang.

Dexter yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dihukum mengikut Seksyen 39C (1)(a) akta sama.

Hukuman yang diperuntukkan penjara antara lima tahun hingga tujuh tahun dan tidak melebihi daripada tiga sebat, serta dikenakan pengawasan polis selama tempoh tiga tahun.

Semasa rayuan, tertuduh menyatakan tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa hadapan dan memohon hukumannya dikira dari tarikh tangkap.

"Saya tahu ini kesilapan diri sendiri. Tiada siapa yang paksa," katanya ketika disoal sama ada pengakuannya dibuat secara rela.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwaraya Nur Faezah Jafry meminta mahkamah mempertimbangkan tertuduh sebelum ini mempunyai lima sabitan lampau.

"Hal ini menunjukkan tertuduh tidak pernah menyesal. Mohon hukuman setimpal dikenakan," katanya.

Noor Hafizah memerintahkan Dexter menjalani tempoh pemenjaraan bermula dari tarikh tangkap.

  • oleh
  • Advertisement