Anda di sini

SK Nanga Nirok, SMK Nanga Dap juara pertandingan tarian tradisional Kanowit

Advertisement
 Persembahan penari SMK Dap berjaya memukau para juri untuk dinobatkan sebagai juara.
MEMUKAU: Persembahan penari SMK Dap berjaya memukau para juri untuk dinobatkan sebagai juara.

Sumbangan PPD Kanowit

PEJABAT Pendidikan Daerah (PPD) Kanowit dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan St Francis Xavier telah menganjurkan Pertandingan Tarian Tradisional Melayu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kanowit pada 9 Mei lalu.

Pertandingan dengan objektif untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani dan rohani ini disertai tujuh buah sekolah rendah dan tiga buah sekolah menengah di sekitar Daerah Kanowit.

Penyertaan kali ini menunjukkan peningkatan dari segi mutu persembahan dan juga kreativiti koreografi daripada semua pasukan.

 Wakil dari SMK Nanga Dap yang merangkul johan kategori sekolah menengah pertandingan tarian Daerah Kanowit menerima hadiah daripada Willy.
BERJAYA: Wakil dari SMK Nanga Dap yang merangkul johan kategori sekolah menengah pertandingan tarian Daerah Kanowit menerima hadiah daripada Willy.
 Wakil dari SMK Nanga Dap yang merangkul johan kategori sekolah menengah pertandingan tarian Daerah Kanowit menerima hadiah daripada Willy.
BERJAYA: Wakil dari SMK Nanga Dap yang merangkul johan kategori sekolah menengah pertandingan tarian Daerah Kanowit menerima hadiah daripada Willy.

Menurut Ketua Unit UPPK PPD Kanowit Willy Johnson, pasukan tarian dari Daerah Kanowit merupakan antara pasukan yang terbaik di Sarawak.

Oleh itu, beliau berharap lebih banyak lagi sekolah di Daerah Kanowit menyertai pertandingan ini pada masa hadapan.

Pada pertandingan kali ini, kategori sekolah rendah telah dimenangi oleh pasukan tarian dari SK Nanga Nirok, tempat kedua dari SK Nanga Machan manakala ketiga dari SK St Francis Xavier.

Bagi kategori sekolah menengah pula tempat pertama dari SMK Nanga Dap, kedua dari SMK Sedaya dan ketiga SMK Kanowit.

 Persembahan daripada SK Nanga Nirok yang lemah gemalai berjaya merangkul hadiah juara sekali lagi pada tahun ini.
LENGGOK JUARA: Persembahan daripada SK Nanga Nirok yang lemah gemalai berjaya merangkul hadiah juara sekali lagi pada tahun ini.

Sementara bagi anugerah khas sekolah rendah pemenang-pemenangnya ialah Stanly Malish dari SK Nanga Machan (Penari Lelaki Terbaik), Veronica Catherine dari SK Nanga Nirok (Penari Perempuan Terbaik), SK Nanga Nirok (Busana Terbaik, Koreografi Terbaik Emas, Koreografer Terbaik), SK Nanga Machan (Koreografi Terbaik Perak) dan SK Rantau Kemidin (Koreografi Terbaik Gangsa).

Bagi kategori sekolah menengah pula, anugerah khas dimenangi oleh Joselin Chambai dari SMK Sedaya (Penari Lelaki Terbaik), Victoria Dangai dari SMK Nanga Dap (Penari Perempuan Terbaik), SMK Nanga Dap (Busana Terbaik, Koreografi Terbaik Emas, Koreografer Terbaik), SMK Sedaya (Koreografi Terbaik Perak) dan SMK Kanowit (Koreografi Terbaik Gangsa).

Advertisement