Anda di sini

Karnival Sukaneka Kerupok Rumah Benidict Sigi meriah

Advertisement
 Augustine (tengah) mengetuai perarakan pada karnival tersebut.
PERARAKAN: Augustine (tengah) mengetuai perarakan pada karnival tersebut.

SARATOK: Sempena perayaan Gawai Dayak yang lalu, Rumah Benidict Sigi di Kerupok, Sungai Sebetan di sini menganjurkan Karnival Sukaneka Kerupok 2019.

Karnival selama dua hari pada 31 Mei dan 1 Jun itu disertai lebih 50 penduduk rumah panjang tersebut dari pelbagai peringkat umur.

Sukaneka dibahagikan kepada dua kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak.

 Penduduk merakamkan gambar selepas menyertai pertandingan meniup tepung.
MENCUIT HATI: Penduduk merakamkan gambar selepas menyertai pertandingan meniup tepung.
 Pertandingan tarik tali sedang berlangsung.
UJI KEKUATAN: Pertandingan tarik tali sedang berlangsung.

Antara jenis sukaneka yang dianjurkan adalah larian membawa belon, meniup tepung, memecahkan belon, makan epal, meniup belon sehingga pecah, tarik tali dan sebagainya.

Turut diadakan ialah pertandingan minum air tuak, teka dan menang dan cabutan tiket bertuah.

Karnival itu dirasmikan oleh Benidict sambil diiringi Timbalannya Sylvester Luta dan pengerusi pengelola karnival Augustine Andoh.

Penganjuran karnival itu jelas dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk rumah panjang tersebut yang kebanyakkannya tinggal di bandar di samping menyemai semangat kunjung-mengunjungi pada musim perayaan Hari Gawai Dayak.

Karnival diakhiri dengan jamuan ‘berlanggar meja’ di bahagian ruai untuk mengeratkan hubungan persaudaraan antara penduduk rumah panjang tersebut.

  • oleh
  • Advertisement