Anda di sini

Curi wayar: Lelaki warga asing dipenjara empat bulan

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing dikenakan penjara empat bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan mencuri segulung wayar milik sebuah syarikat.

Majistret Afiq Agoes menjatuhkan hukuman itu terhadap Anigig Orlando selepas mengaku salah mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntukkan penjara selama tempoh tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 22 Mei jam 3.15 pagi di tapak kawasan pembinaan Pacific City di sini.

Semasa rayuan, Anigig yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringankan dan dikira dari tarikh tangkap.

Sementara itu Pegawai Pendakwa Insp Lim Swee Beng memohon supaya tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen setelah tamat menjalani tempoh pemenjaraan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman dari tarikh tangkap setelah itu dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement