Anda di sini

Selebriti Bollywood meriahkan permaidani merah Cannes 2019

AISHWARYA RAI
AISHWARYA RAI
ELLE FANNING
ELLE FANNING

SELAMA dua minggu, ibu kota dunia fesyen beralih ke selatan dari Paris untuk acara permaidani merah festival filem berprestij Cannes yang telah pun berlangsung pada 14 hingga 25 Mei lepas.

Berikut adalah antara detik fesyen yang paling menyerlah di pameran filem terbesar dunia itu.

- Elle Fanning menguasai -

Tradisi, dan kemestian gedung fesyen Perancis, meminta seorang ahli juri yang boleh menjadi model untuk memperagakan rekaan mereka di permaidani merah dua kali malah tiga kali sehari untuk gala tayangan perdana.

Melangkah ke hadapan adalah Elle Fanning seorang aktres dan model Amerika yang berusia 21 tahun.

Dia mungkin bayi di kalangan juri, namun bintang ‘The Beguiled’ itu tahu hala tujunya sebagai seorang veteran Cannes yang membuat penampilan sulung pada usia tujuh tahun dalam filem ‘Babel’ arahan Alejandro Gonzalez Inarritu.

Dia juga tidak segan dalam berfesyen, memukau di permaidani merah dalam satu siri persalinan yang menakjubkan yang berakhir dengan pakaian dari Dior yang seakan menghidupkan semula glamor ‘Grace Kelly 1950s New Look’.

Baju bereben organza sutera yang sedikit dibesar-besarkan, skirt tulle hitam ‘A-line’ dipadankan dengan topi hitam begitu serasi dengan kecenderungan Fanning untuk glamor yang agak kekartunan.

Fanning hampir pitam pada awal festival semasa memakai gaun prom Prada “terlalu ketat”, namun sempat diselamatkan oleh Colin “Mr Darcy” Firth.

Dalam satu sentuhan jujur yang menyegarkan, Fanning menyebut ia “masa pada bulan itu”.

Guru The New York Times Vanessa Friedman, seorang wanita yang memang terkenal sukar untuk diambil hati, berkata: “Jika Elle tidak membawa pulang... kontrak duta fesyen terkemuka, ada sesuatu yang memang salah dengan kompleks industrial gaya selebriti.”

- KEBANGKITAN

INDIA -

Tiada negara yang membuatkan orang ramai berpaling di permaidani merah tahun ini selain India, dengan seangkatan aktres Bollywood yang kini mencipta nama di AS membuatkan para paparazzi semakin sibuk.

Paling menyerlah adalah Deepika Padukone yang memberikan satu detik fesyen paling besar Cannes dengan gaun tulle Giambattista Valli hijau limau beropol besar yang dipakainya.

Priyanka Chopra, Diana Penty, Kangana Ranaut dan Aishwarya Rai Bachchan juga turut menghentikan trafik di Croisette, dengan Aishwarya mengenakan gaun ketat berwarna kuning asid.

Walaupun tiada satu pun daripada mereka terlibat dalam filem-filem besar di Cannes, Huma Qureshi berjaya menaikkan nama pereka Gaurav Gupta dengan gaun banyak lapisan beropol yang dipakainya.

“Ia hampir seperti bunga perak,” katanya. “Beliau benar-benar membuatkannya untuk saya dalam empat hari.”

- BATU PERMATA

DI CANNES -

Cannes bukan sahaja menjadi tempat alternatif untuk fesyen tetapi juga tempat untuk melihat barangan kemas daripada jenama terkenal.

Dan tiada yang lain yang memakai batu-batu itu lebih baik daripada Camila Morrone, aktres Argentina berusia 21 tahun yang merupakan penemuan terbesar di skrin pada festival kali ini.

Selepas berjaya memukau pengkritik dengan peranan utamanya dalam filem bebas berjudul ‘Mickey and the Bear’ dari AS, dia memakai rantai berlian Bulgari yang menakjubkan untuk menyokong teman lelakinya Leonardo DiCaprio di tayangan perdana filem ‘Once Upon a Time... in Hollywood’ arahan Quentin Tarantino.

Penyanyi Rita Ora juga turut menyerlah dengan rantai berlian walaupun kurier yang sepatutnya membawa rantai itu dan barangan kemas lain bernilai 3.5 juta euro (AS$4 juta) dari London terting-galkannya di dalam pesawat. Syukurlah barangan kemas itu dapat sampai ke sana pada akhirnya. — AFP