Anda di sini

10 pelajar Kolej Komuniti Kuching persembahkan rekaan mereka

Advertisement
 Sepuluh pelajar Kolej Komuniti Kuching tampil bersama rekaan masing-masing yang diperagakan oleh model.
PERAGA: Sepuluh pelajar Kolej Komuniti Kuching tampil bersama rekaan masing-masing yang diperagakan oleh model.
 Barisan panel penilai diketuai oleh Aliff (tengah), Shukri (dua kanan), Hakin (dua kiri), Elfy (kanan) dan Joana.
PENILAI: Barisan panel penilai diketuai oleh Aliff (tengah), Shukri (dua kanan), Hakin (dua kiri), Elfy (kanan) dan Joana.
 Salah seorang pelajar sedang menerangkan hasil rekaan di hadapan panel.
JELAS: Salah seorang pelajar sedang menerangkan hasil rekaan di hadapan panel.

SERAMAI 10 pelajar Semester 4 Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP) Kolej Komuniti Kuching mempersembahkan rekaan masing-masing pada Program ‘Assessment Day’ di Dewan Serba Guna di Kuching, baru-baru ini.

Program tersebut merupakan penilaian akhir bagi hasil rekaan pelajar yang dilaksanakan seperti ‘Project Runaway’ di mana setiap rekaan perlu diperagakan oleh model yang dipilih.  

Setiap rekaan juga dinilai berdasarkan rekaan, perincian, jahitan dan material digunakan oleh pelajar mengikut kriteria ditetapkan.

Panel penilai diketuai oleh Mohd Aliff Safuan selaku Ketua Program SFP dan turut dibantu oleh pensyarah SFP iaitu Mohamad Shukri Che Ya, Nur Hakim Raifli, Elfy Fariza Sharkawi dan Joana Wik Ningkan.

Advertisement