Anda di sini

37 warga Tabika Perpaduan Bunga Tulip sertai Program Keselamatan Dan Pencegahan Kebakaran

Advertisement
__alt__
__alt__

SERAMAI 37 orang termasuk kanak-kanak, ibu bapa dan guru kelas Tabika Perpaduan Bunga Tulip Sibu telah mengikuti Program Keselamatan Dan Pencegahan Kebakaran bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Sibu, pada 7 Mei lepas.

Program yang berlangsung di Tabika Perpaduan Bunga Tulip ini bertujuan untuk memberi pendidikan dan memantapkan program pendidikan mengenai kesedaran kebakaran dalam kalangan kanak-kanak.

Selain itu, ia juga merupakan program yang boleh mendekati kanak-kanak kecil dan mendedahkan mereka kepada kesedaran kebakaran dengan cara yang santai dan mudah difahami.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah taklimat pencegahan kebakaran, demonstrasi menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran dan sesi mengenali jentera bomba serta pakaian seragam anggota bomba.

Pada akhir program, diadakan acara penyampaian cenderahati kepada pihak bomba yang hadir. Antara anggota yang hadir ialah dari Balai Bomba Sentral Sibu iaitu PgB Norhashfa Abdul Manan, PgB Hissam Hassan, PgB John Abas, PgB Pani Napeq, PgB Kennedy Ibi dan PgB Hasjayadi.

  • oleh
  • Advertisement