Anda di sini

Mayat doktor pakar ditemui terapung di Sungai Sarawak

Advertisement
Mayat mangsa kelihatan terapung di Tebingan Kuching.
Mayat mangsa kelihatan terapung di Tebingan Kuching.

KUCHING: Seorang doktor pakar yang dilaporkan hilang oleh isterinya sejak 3 Jun baru-baru ini ditemui mati di Sungai Sarawak berhampiran Tebingan Kuching, di sini sekitar pukul 6.20 pagi Rabu.

Difahamkan mayat mangsa yang dikenali sebagai ‘Dr Ting’ berusia 37 tahun itu ditemui terapung oleh orang awam yang kemudian terus melaporkan kepada polis.

Sumber polis semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu bantuan daripada pihak bomba turut dipohon untuk mengangkat mayat mangsa.

“Mayat mangsa lengkap berpakaian ditemui dalam keadaan reput dan polis berjaya mengenal pasti identiti mangsa melalui kad pengenalan yang terdapat dalam dompet yang ditemui di belakang poket seluar mangsa.

“Isteri mangsa juga mengesahkan mayat tersebut adalah suaminya semasa hadir membuat pengecaman pada pukul 10 pagi (semalam),” kata sumber.

Mangsa yang berasal dari Taman Phoning, di sini bertugas sebagai doktor pakar di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk bedah siasat.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan.

  • oleh
  • Advertisement