Anda di sini

Gempa bumi sederhana gegar Mindanao, Filipina

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 4.41 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak di 46 kilometer (km) barat dari Bandar Tacurong pada kedalaman 457km.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu lagi. - Bernama

Advertisement