Anda di sini

Remaja AS hilang kaki kiri akibat gigitan ikan jerung

Advertisement

MIAMI: Seorang remaja kehilangan sebahagian kaki-nya selepas diserang seekor ikan jerung ketika berenang di luar pantai di tenggara Amerika Syarikat (AS), kata keluarganya kelmarin.

Paige Winter, 17, meluangkan masa pada hari itu di pantai Fort Macon di Carolina Utara ketika beliau berdepan dengan ikan jerung pada sekitar waktu tengah hari.

Bapanya, seorang anggota paramedik, telah masuk ke dalam air dan berdepan dengan ikan jerung itu sehingga ia meninggalkan tempat tersebut, lapor media tempatan.

Winter telah dibawa de-ngan pengangkutan udara ke sebuah hospital dengan luka yang dalam pada bahagian tangan dan kaki kirinya.

“Disebabkan keadaan yang teruk akibat serangan itu, amputasi di bahagian atas lutut kaki kiri beliau tidak dapat dielakkan,” kata keluarga Winter di laman GoFundMe yang telah mengumpul sumbangan lebih AS$11,000 bagi pemulihan beliau daripada serangan itu.

“Saya tahu saya memerlukan masa yang lama untuk pemulihan, yang termasuk beberapa pembedahan tambahan. Saya akan terus kekal positif dan bersyukur kerana ia tidak menjadi lebih teruk,” kata Winter dalam satu ke-nyataan dikeluarkan kepada rangkaian tempatan ABC.

Di Facebook, ibu Paige, Marcy Goodrum Winter menulis bahawa anak pe-rempuannya telah selesai menjalani pembedahan dan bahawa, walaupun beliau masih dalam keadaan belum sedar sepenuhnya, mampu untuk terus bergurau.

“Beliau mahu semua orang tahu bahawa ikan jerung adalah masih  baik,” tulis ibunya.

Peluang untuk diserang ikan jerung adalah hampir satu dalam empat juta, menurut Muzium Hidupan Liar Antarabangsa di Tucson, Arizona, namun ia ada berlaku.

Pada September lepas, seorang perenang meninggal dunia akibat gigitan ikan jerung di luar pantai Massachusetts di timur laut AS. — AFP

Advertisement