Anda di sini

Majlis Tentera Sudan batal perjanjian pemindahan kuasa

Advertisement
 Penunjuk perasaan berjalan melintasi tayar terbakar berhampiran ibu pejabat tentera di Khartoum, Sudan kelmarin selepas pasukan keselamatan meleraikan tunjuk perasaan selama                        berminggu-minggu yang mengorbankan lebih 30 nyawa. — Gambar AFP
TEGANG: Penunjuk perasaan berjalan melintasi tayar terbakar berhampiran ibu pejabat tentera di Khartoum, Sudan kelmarin selepas pasukan keselamatan meleraikan tunjuk perasaan selama berminggu-minggu yang mengorbankan lebih 30 nyawa. — Gambar AFP

KHARTOUM: Tentera Sudan semalam membatalkan perjanjian pemindahan kuasa dengan penunjuk pe-rasaan dan mengumumkan pilihan raya dalam tempoh sembilan bulan, sehari selepas mereka mengguna-kan kekerasan untuk meleraikan tunjuk perasaan selama berminggu-minggu yang mengorbankan lebih 30 orang.

Majlis Peralihan Tentera (TMC) menggulingkan pre-siden Omar al-Bashir pada April lalu selepas protes selama berbulan-bulan bagi membantah pemerintahan kuku besinya dan menyetujui tempoh peralihan selama tiga tahun kepada pentadbiran awam.

Namun ketua angkatan tentera Jeneral Abdel Fattah al-Burhan mengumumkan dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh televisyen bahawa rancangan itu sudah dibatalkan dan pilihan raya akan diadakan di bawah “penyeliaan serantau dan antarabangsa”.

“Majlis tentera memutuskan perkara berikut: membatalkan apa yang dipersetujui dan menamatkan rundingan dengan Pakatan Kebebasan dan Perubahan, dan mengumumkan pilihan raya dalam tempoh tidak melebihi sembilan bulan,” kata Burhan.

Puluhan penunjuk pe-rasaan maut dan ratusan lagi cedera kelmarin dalam operasi berdarah di luar ibu pejabat angkatan tentera di Khartoum, yang disambut dengan kecaman antarabangsa yang tajam.

Anggota bersenjata berat pasukan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas dikerahkan ke seluruh ibu negara untuk mengawal pintu masuk ke jambatan yang merentasi Sungai Nil, dan bergerak dalam konvoi ke sekitar kota.

Amerika Syarikat (AS) menyifatkannya sebagai satu operasi “kejam” ke atas penunjuk perasaan, yang mahu golongan jeneral di sebalik penggulingan presiden veteran Omar al-Bashir menyerahkan kuasa kepada pemerintahan awam.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres me-ngecam penggunaan keke-rasan yang keterlaluan ke atas penunjuk perasaan dan menuntut siasatan bebas.

Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tertutup semalam untuk membincangkan Sudan, selepas Britain dan Jerman memohon rundingan itu, kata diplomat.

Jawatankuasa Doktor-Doktor Pusat Sudan, yang rapat dengan penunjuk pe-rasaan berkata jumlah mang-sa “pembunuhan beramai-ramai” sudah meningkat kepada lebih 30, manakala “ratusan lagi cedera”.

Seorang budak berusia lapan tahun turut terbunuh, katanya, dan menuntut “sokongan segera” daripada organisasi kemanusiaan untuk membantu mangsa yang cedera.

Rakaman dari Hospital Royal Care pada awal kelmarin berhampiran tapak tunjuk perasaan menunjukkan orang di atas lantai wad yang menerima rawatan manakala lelaki berseragam yang duduk dalam trak pikap berkumpul di luar.

Seorang wartawan AFP berkata jalan-jalan di ibu kota amnya lengang pada malam Isnin, waktu yang biasanya sibuk di kota berkenaan.

Beberapa jalan disekat oleh penunjuk perasaan yang telah mendirikan perintang yang diperbuat daripada batu, batang pokok dan tayar terbakar pada awal kelmarin.

Banyak kedai dan premis perniagaan ditutup sekitar bandar raya.

Majlis tentera menafikan tenteranya meleraikan tunjuk perasaan dengan ganas di depan ibu pejabat tentera, ketika penunjuk perasaan memenuhi jalan di bandar lain di negara itu.

Namun ketua protes ber-kata tapak utama di Khartoum sudah dikosongkan.

“Pasukan Sokongan Pantas dan angkatan tentera dan pasukan polis dan batalion tentera meleraikan tunjuk perasaan yang aman,” kata Pakatan Kebebasan dan Perubahan.

Di luar ibu pejabat tentera, “tidak ada orang kecuali orang suci yang mati syahid sehinggakan ia adalah mustahil untuk mengosongkan tapak berkenaan”.

Persatuan Profesional Sudan, yang menerajui protes di seluruh negara yang bermula pada Disember, berkata tindakan kelmarin sama se-perti “pembunuhan beramai-         ramai yang berdarah”.

Ia menyeru kepada rakyat Sudan untuk menyertai “mogok total” bagi menggulingkan Majlis Tentera.

Ia juga menyeru kepada rakyat untuk keluar semalam dan mengadakan solat Aidilfitri bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan, “berdoa untuk orang syahid“ dan kemudian “berdemonstrasi dengan aman”.

Tarikh rasmi bagi sambutan Aidilfitri di Sudan ditetapkan pada hari ini (Rabu), kata agensi berita rasmi SUNA.

Jawatankuasa doktor berkata tentera telah melepaskan tembakan di dalam Hospital Nil Timur di kota berkenaan dan mengejar “penunjuk perasaan yang aman”.

Duta Britain ke Khartoum, Irfan Siddiq, berkata beliau terdengar “tembakan berat” dari kediamannya.

Kedutaan AS di Khartoum berkata “serangan pasukan keselamatan ke atas penunjuk perasaan dan orang awam lain adalah salah dan mesti dihentikan”.

“Tanggungjawab terletak ke atas TMC. TMC tidak dapat memimpin rakyat Sudan dengan bertanggungjawab,” tambahnya.

Pakatan Kebebasan dan Perubahan mengumumkan “penamatan semua hubu-ngan politik dan rundingan dengan majlis pemberontak” selepas kematian beramai-     ramai berlaku, walaupun Emiriah Arab Bersatu dan Mesir merayu agar kedua-dua pihak berunding. — AFP

Advertisement